Posted by: manjanik | Januari 28, 2009

Projek atau Rasuah – PRK Kuala Terengganu

Suatu penilaian dan pengukuran semula perlu dibuat oleh SPR dan SPRM mengenai takrif rasuah khususnya apabila berkaitan dengan pilihanraya. Ini kerana jika diteliti dari apa yang disenaraikan di bawah ini, amat jelas ianya adalah RASUAH. Apa tidaknya apabila “sogokan projek dan peruntukan” itu diiringi dengan meminta supaya pengundi memberi sokongan di atas apa yang telah ditawarkan oleh pemimpin kerajaan BN.

Bukan rasuah lagikah kalau begitu? Pemimpin UMNO/BN dengan sewenang-wenangnya menggunakan pangkat dan jawatan di dalam kerajaan untuk melakukan “rasuah halal” bagi mereka.

Di sini saya perturunkan diantara beberapa rasuah yang dilakukan oleh pemimpin BN. Fikir dan nilailah…

Elak rasuah kedai kopi – Wan Ahmad
KUALA TERENGGANU: Semua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diminta tidak melakukan kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai rasuah termasuk mengeluarkan belanja tetamu di kedai makan dihadiri mereka. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata perbuatan itu boleh dikategorikan rasuah politik dan dikira sebagai menjamu pengundi.

1. Cek luar boleh ditunai dalam tiga hari di KT

KUALA TERENGGANU: Cek luar boleh ditunaikan di semua bank komersial di Terengganu dalam tempoh tiga hari mulai Jun depan, berbanding sembilan hari pada masa ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, buat permulaan, urusan itu akan dilaksanakan dua bank pada akhir bulan depan.

Katanya masalah kelewatan memproses cek luar itu dibangkitkan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di sini baru-baru ini dan perkara itu dimaklumkan kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Pada masa ini, untuk menunaikan cek luar..tujuh, lapan hari,” katanya pada majlis Timbalan Perdana Menteri bersama usahawan dan pecah tanah menara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) di sini hari ini.

2. Kerajaan komited bawa agenda pendidikan rakyat: Najib

Beliau berkata demikian pada majlis perisytiharan rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail di IPGM di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

3. Kuala Terengganu : RM200,000 untuk jalan di Wakaf Mempelam

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di Kampung Sheikh Nasir, Losong dan Padang Sena yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Wakaf Mempelam. Menterinya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyatakan bahawa kedua – dua jalan itu didapati rosak sejak dua tahun lalu dan perlu dinaik taraf.

Projek tersebut akan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dengan secepat mungkin yang dijangka mampu memberikan kemudahan kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan itu. “Kita bersetuju membina dua jalan baru di Wakaf Mempelam dengan setiap satunya melibatkan peruntukan RM100,000. Ia penting untuk kegunaan pelajar ke sekolah selain memudahkan penduduk berulang-alik,” katanya.

4. LPT 2 Bakal Pacu Ekonomi Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) — Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT 2) bernilai RM3.7 bilion yang dijangka siap pada Mei 2011, akan memacu perkembangan ekonomi negeri Terengganu, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata projek itu yang dimulakan secara berperingkat mulai Mac 2006 kini 41 peratus siap.

Menurut beliau, projek itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM8.1 bilion yang diberikan kerajaan pusat untuk Terengganu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

5. Perubahan besar di KT jika BN diberi mandat

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu, 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.

“Insya-Allah jika bagi kita mandat ini, saya berjanji kita akan membuat perubahan yang besar di Kuala Terengganu,” katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi di rumah Setiausaha Umno bagi peti undi Paloh, Zaki Mohd Yusof di Sungai Kiat, Kubang Bakung di sini hari ini.

6. PM janji impian rakyat Terengganu jadi kenyataan

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat kemajuan yang dicapai oleh Terengganu sekarang diteruskan tanpa sebarang gangguan, sekali gus memenuhi impian setiap rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka dilaksanakan.

Beliau berkata demikian pada majlis peletakan batu asas Kompleks Pakar Materniti dan Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, hari ini.

7. Projek Pembangunan RM5.8 Juta Untuk Penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)– Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

“Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti

8. Pusat Kebudayaan Cina bakal dibangunkan di KT: MB

KUALA TERENGGANU: Selepas kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM3.3 juta untuk pembinaan Dewan Masyarakat Cina di sini, penduduk Tionghua bakal memiliki Pusat Kebudayaan Cina (PKC) yang juga dibina di bandar raya ini, tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata PKC yang akan dibina di tapak seluas empat hektar itu mampu menjadi mercu tanda pelancongan yang mengetengahkan pelbagai keunikan budaya dan warisan masyarakat Cina di Terengganu.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, bagi memastikan kerajaan negeri boleh meneruskan kesinambungan projek pembangunan untuk rakyat termasuk masyarakat Cina, adalah penting mereka memberi sokongan dengan memilih calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Sabtu ini.

9. RM1 juta dana tabung kebajikan nelayan: Najib

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk tabung kebajikan nelayan, khusus bagi membantu golongan itu yang ditimpa musibah dan kemalangan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia sebagai peruntukan tambahan kepada nelayan bagi menjamin mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bersama nelayan di Chendering, dekat sini, pagi ini.

10. RM100 juta bina rumah kos rendah di Padang Hiliran

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 rumah kos rendah di tapak seluas 10 hektar di Padang Hiliran, di sini.

Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin, berkata projek perumahan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu akan dilaksanakan Jabatan Perumahan Negara dan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, peruntukan membina rumah yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak termasuk bajet yang diluluskan melalui peruntukan Rancangan Rangsangan Ekonomi berjumlah RM400 juta.

11. Subsidi elektrik: Kerajaan tanggung RM12j sebulan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan membayar kira-kira RM12 juta sebulan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai subsidi kepada 970,000 pengguna di seluruh negara yang menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Nor.

Di Terengganu, katanya TNB dibayar RM415,734 sebulan untuk subsidi 43,156 pengguna seumpamanya, yang juga 17 peratus daripada keseluruhan 273,787 pengguna elektrik di negeri itu, katanya pada sidang akhbar sempena Program Bersama Pelanggan TNB di Balai Raya Kuala Ibai Pantai di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

12. Terengganu Bakal Nikmati Royalti Minyak Cecah RM3 Bilion

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.

Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

“Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

13. Dakwa terima RM300

KUALA TERENGGANU: Dua wartawan, termasuk seorang wanita dari akhbar berbahasa Cina membuat laporan polis kelmarin, mendakwa menerima wang RM300 daripada orang tidak dikenali di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini.

14. RM900 juta bantu kontraktor

KUALA TERENGGANU: Kerajaan menyediakan peruntukan RM900 juta tahun ini untuk Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) khusus untuk manfaat kontraktor kelas F di seluruh negara bagi memastikan kumpulan itu tidak terjejas dengan krisis ekonomi dunia, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan untuk kontraktor kelas F itu meningkat sebanyak RM300 juta berbanding RM600 juta tahun lalu, yang mana tambahan itu dijana daripada pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion yang diumumkan November lalu.

15. Peruntukan bukan rasuah politik

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata, penyerahan sumbangan dan peruntukan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini tidak boleh dianggap sebagai rasuah politik kerana adalah sebahagian daripada pakej rangsangan fiskal yang sudah diluluskan kerajaan.

16. Bukan beli undi

KUALA TERENGGANU: “Kita buat ini pun kerana kita cakna (prihatin) terhadap rakyat, kalau tidak ada pilihan raya pun, kita tetap akan laksanakan projek ini. “Kita tidak buat program ini untuk membeli undi, kita rancang program ini lebih awal dan tidak tahu akan berlaku pilihan raya kecil di Terengganu,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

17. Bantuan bukan cuba pancing undi

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap bertanggungjawab memberi bantuan kepada rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan pada setiap masa bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sentiasa terbela, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhammad berkata, kerajaan tidak hanya menunggu pilihan raya untuk menghulurkan bantuan, sebaliknya ia dilakukan secara berterusan seperti bantuan yang dihulurkan kementerian itu kepada masyarakat di luar bandar dan Orang Asli pada setiap minggu.


Responses

  1. Sesuatu yang anih bagi kita penganalisa politik, bantuan dan peruntukan menjelang sesuatu pilihanraya bukanlah rasuah politik. Kalau begitu apa dia rasuah politik yang boleh menjejaskan keputusan pilihanraya ? Kata Mat Pauh royat Che Pa buta boleh la…. ni abang mat. Sering saya perhatikan setiap kali menjelang pilihanraya kecil ada la beberapa peruntukan untuk manis mulut UMNO berkempen. Misalnya Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir… Dato’ Najib pernah sebut akan bagi peruntukan menyelesaikan masalah air bertakung dekat Masjid bandar Pasir Mas. Tapi bila menang, habuk pun tarak. Janji lagi nak luaskan jalan di Bandar Pasir Mas kerana jalan tersebut di sifat paling sempit di dunia. Habuk juga.. mana ????

    Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Dato’ Najib janji nak bagi RM 100,000 kepada sebuah masjid melalui surat yang di tandatangani beliau sendiri. Sampai sekarang masih tak ada… porrah. Semuanya janji-janji kosong yang tidak pernah wujud di alam nyata. Saya masih teringat suatu ketika dahulu Abang Jak pernah lulus berjuta-juta ringgit untuk rakyat dalam setiap ceramahnya. Sama lah dengan Almarhum Tun Ghaffar baba janji berjuta-juta RM untuk bela rakyat Kelantan kerana katanya tidak ada pembangunan di bawah kerajaan PAS. Saya boleh simpulkan Dato’ Seri Najib ke, Almarhum Tun Ghaffar ke…sama sahaja dengan Abe Jak Rantau Panjang. Serupa juga dengan Che Pa buta.

    Pelik bin ajaib sekali bila BN kata PAS sering berjanji dengan rakyat bila undi bulan masuk Syurga.. seolah-olah PAS sahaja boleh membawa rakyat masuk Syurga. Kemudian dia persoal pula macam mana kalau Negara lain yang tidak ada PAS? Macam mana nak masuk syurga ? Ini lah perangai UMNO dan BN. sering memutar belitkan kenyataan para alim ulama’. Agaknya zaman Rasul SAW dulu dan andainya UMNO sudah wujud, inilah persoalan-persoalan yang akan di kemukakan kepada Nabi SAW.

    Berbalik kepada rasuah menjelang pilihanraya umum atau kecil, saya amat hairan dengan sikap dan kenyataan sebahagian pimpinan UMNO dan BN apabila menyatakan janji pembangunan adalah tidak rasuah dengan pelbagai alasan. Ada pakej rangsangan Fiskal, ada bantuan untuk nelayan, ada perancangan lebih awal dan pelbagai alasan. Cuba renungkan, kalau lah tidak berlaku Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini adakah semua peruntukan dan banatuan kepada rakyat Kuala Terengganu akan di war-warkan ? Cuba renungkan kenapa hanya di Kuala Terengganu sahaja peruntukan dan bantuan di luluskan dan dalam waktu pilihanraya Kecil??? RENUNGKAN LAH…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: