Posted by: manjanik | Januari 28, 2009

Bubar Putera, Puteri, Pemuda dan Wanita – Ku Deen

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti.

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.

Nampaknya UMNO semakin nazak. Lepas satu-satu penyakit menimpanya. Puas para doktor dan bomoh cuba mengubatinya namun masih gagal. Ajal jua yang ditunggunya!

Kalah besar dalam PRU 12. Hilang 5 negeri. Desak Perdana Menteri dan Presidennya letak jawatan. Kalah di dua Pilihan raya Kecil. Pembentangan bajet baru oleh Najib ditolak. Perpecahan dan pergeseran dengan parti serakan BN. Politik wang yang bagaikan ombak melanda pantai, tak henti-henti.

Pergolakan dalam pemilihan. Sudah ada ADUNnya yang mula menyemberangi ke kem Pakatan Rakyat. Rakyat sudah mula benci dan muak dengan UMNO. Dan hari ini…. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mencadangkan sayap parti itu, Puteri dan Putera dan tidak ketinggalan juga Pemuda dan Wanita.

Cadangan Ku Deen bukan cadangan main-main. Ini kerana beliau amat mengetahui apa yang sedang melanda UMNO sekarang. Mungkin beliau melihat masalah politik wang sudah tidak dapat dibendung lagi. Kalau diikutkan peraturan dirasakan sudah tiada lagi pemimpin dalam UMNO untuk memimpin parti keramat itu kerana semuanya terlibat dengan WANG.

Tidak pernah kita dengar sebelum daripada ini, sampai ketahap itu cadangan dari pemimpin UMNO untuk membaharuinya balik. UMNO tidak mampu “diremajakan atau didarakan” kembali kerana ianya sudah nyanyuk. Datanglah dari penjuru mana manusia sekalipun, selagi dasar UMNO bertentangan dengan Sunnah Allah SWT maka selama itulah ianya tetap tua dan nyanyuk.

Hanya Islam yang akan sesuai sepanjang zaman kerana ianya datang dari Allah, Tuhan sekelian Alam. Maka sesiapa yang meneruskan kerja-kerja RasulNya maka mereka akan tetap berada dalam “keremajaan dan kedaraan” selama-lamanya.

Mulai sekarang, jauhilah UMNO/BN.


Responses

  1. Politik berpuak2 memang dah tak relevan lg. Kembalilah kepada ISLAM….

  2. […] https://manjanik.wordpress.com […]

  3. Ajak bebudak main politik (putra dan putri) sambil itu ajar beri dan terima wang. Seperti budak kecil kalau tak beri wang dia nangis. Beri wang dia berlagak. Gitulah yang bakal berlaku pada UMNO. Ada pula yang tua main gatal dengan yang berdahi licin. Maka luncunlah semua. Ini semua akan cepat memperandakan UMNO. Katalah politik wang dapat diatasai lepas tu politik luncun pula akan muncul sebab setiap cawangan ada yang berdahi licin. Ini menjadi UMNO kumpulan yang dilaknat oleh Allah SWT. Sebab apa ini berlaku? Kerana perjuangan tidak berlandaskan perintah Allah. Tak ikut peraturan yang Allah suruh mereke ikut siapa? Ikut Thaghut. Thaghut itu dikuasai oleh iblis dan syaitan. Itulah padah orang yang tak nak ikut jalan Allah, jalan yang lurus tapi nak ikut jalan sipi-sipi aje.

  4. Saya juga melihat dalam berita Astro Awani malam tadi tentang kenyataan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin tentang cadangannya supaya sayap putera dan puteri UMNO di bubarkan. Pelbagai komen di kemukakan oleh pimpinan sayap puteri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sendiri terhadap cadangan Ku Din. Dato’ Hisham dalam komen balasnya menyatakan beliau menghormati pandangan tokoh veteran UMNO itu tetapi cadangannya membubarkan Putera UMNO tidak releven. Ketua Puteri juga berpandangan tidak perlu Puteri di bubarkan kerana 400,000 ahlinya harus kemana. Ku Din menyebut juga bahawa sayap Putera dan Puteri terlalu muda untuk berpolitik dan perlu memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu bagi mengambil alih kepimpinan negara.

    Saya tersenyum sendirian melihat gelagat UMNO masakini yang tercari-cari formula untuk memulihkan keyakinan rakyat. Pelbagai formula dan usaha telah, sedang dan akan di lakukan untuk rakyat menerima kembali UMNO. Namun sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak dapat lagi menerimanya dan beranggapan UMNO sudah tidak releven lagi dalam suasana politik di Malaysia hari ini. RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN.

    Sapertimana komen-komen saya terdahulu, bagi memulihkan sokongan rakyat, UMNO tidak perlu berfikir panjang dan meniup pelbagai formula. Rakyat akan berpaling serta menyokong UMNO bila UMNO merubah dasar yang Nasionalis pada hari ini kepada dasar ISLAM. Pinda perlembagaan dalam perhimpunan March depan. Perkataan ” KEBANGSAAN MELAYU” tukar kepada “ISLAM” dengan panduan Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama. Senang sahaja dan saya rasa YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Aziz Menteri Besar Kelantan adalah orang pertama yang akan bersama UMNO. PAS akan di bubarkan kerana tidak perlu ada 2 Jemaah Islam dalam sebuah Negara. Langkah seterusnya adalah meletakkan Malaysia di bawah perundangan Islam dan perlaksanaannya secara berperingkat-peringkat.

    Saya berkeyakinan usaha ini akan dapat memulihkan UMNO dan sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada seluruh rakyat. ISLAM SAHAJA YANG RELEVEN DALAM PELBAGAI SITUASI DAN KONDISI……Fikirlah UMNOOOO


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: