Posted by: manjanik | Januari 25, 2009

ADUN BN Perak Sertai Pakatan Rakyat(PKR)

GEMPAR DAN MENGEJUTKAN!! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.

Dengan perkembangan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan

...hilang kepercayaan terhadap Umno dan BN

...hilang kepercayaan terhadap Umno dan BN

Nasional (BN) dan ADUN yang kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu. Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR – salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua sejak Oktober 2006. Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat. Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi. Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Sumber : Mstar


Responses

  1. Kejayaan demi kejayaan telah di capai oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ! Kemasukan Dato’ Nasaruddin Hashim ADUN Bota ke PKR sedikit sebanyak mengusarkan UMNO dan BN. Malam tadi 27.1.2009 bertempat di rumah Dato’ Seri Najib Tun Razak , semua Wakil Rakyat BN dari Perak berikrar akan tetap bersama BN walau apa pun terjadi. Mereka bersumpah setia tidak akan tinggalkan BN. Persoalannya adakah sumpah setia ini benar-benar di fahami dan di hayati oleh wakil-wakil rakyat BN Perak ? atau sekadar melangsaikan persoalan yang berlaku di Perak. Hanya Masa menentukan.

    Sebenarnya kemasukan Dato’ Nasaruddin ke PKR di dorong atas rasa kesedaran bertapa pentingnya membela rakyat melalui sebuah Parti yang di terima oleh Rakyat dan bukannya kerana di tawar jawatan EXCO. sebagaimana yang di war-warkan oleh media massa dan pemimpin BN.
    Dato’ Nasa sendiri sedar bahawa kalau kepentingan peribadi yang menjadi faktor pendorong kemasukan nya ke PKR sudah barang tentu ia tidak akan mendapat apa-apa. Samatelah Perak adalah sebuah Kerajaan Pembangkang dan tidak ada apa-apa yang boleh ditawarkan dari segi material. Justeru itu yakin lah bahawa Dato’ Nasa adalah pejuang dan bukan petualang bangsa. Awan berarak mendung berlalu dan langit pastinya cerah kembali…..lihatlah sekekliling mu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: