Posted by: manjanik | Januari 20, 2009

Ali Rustam bertaubatlah!!

TERKEJUT saya membaca berita dalam Utusan Malaysia di bawah tajuk “BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi” yang memetik ulasan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Naib Presiden UMNO mengenai kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu.

Ada dua perkara yang menggambarkan seolah-olah Ali Rustam tidak percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT dan juga cuba menghina perjuangan Nabi Muhammad SAW secara tidak langsung.

Pertama, mengenai ulasan beliau “Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam. Faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi”.

Kata-kata ini seolah-olah beliau tidak faham dengan konsep Qada dan Qadar Allah SWT. Apakah beliau ingat BN dan pemimpinnya boleh menentukan segala-galanya dalam dunia ini?Boleh tentukan kalah dan menang?

Sekiranya dah tau sangat BN nak kalah kenapa awal-awal lagi tak bawa balik pengundi yang berada di luar itu? Bahkan sememangnya BN tidak mahu membawa balik pengundi yang berada di luar kerana alasan mereka, sekiranya balik pengundi luar ini mereka akan mengundi PAS juga.

Ali Rustam pergi tanya Ketua Unit Peti Undi Tok Ku, Haji Nik Mohd Nizam Nik Mohd Hashim yang tidak membawa balik pengundi luar di Johor. Kenapa beliau gagal membawa balik sebuah bas pengundi di UPU tersebut? Bukankah kerana pimpinan atasan tidak mahukan pengundi luar kerana dibimbangi balik mengundi PAS?

Saya dimaklumkan oleh anak buah beliau(Mie) yang bertungkus lumus mencari “kabel” untuk membawa balik pengundi-pengundi tersebut tetapi akhirnya penat lelah beliau diketepikan begitu sahaja.

Dan kata Ali lagi “Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang,”.

Kenapa bodoh sangat analisa Ali ni. Ayat “kalau” yang diungkapkan oleh beliau sangat-sangat memalukan. Ayat “Kalau semua ini penyokong BN, tentu kita menang” kenapa tidak digunakan untuk PAS pula iaitu,  “kalau semua ini penyokong PAS, tentu PAS akan bertambah lagi majoritinya”.

Orang Kelantan kata “buah(ayat) kalu(kalau) ni, kuceng pun boleh jadi ghima(harimau)”.

Kedua, beliau dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

“Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana.

AstaghfirulLah al Azim. Apalah nak jadi dengan si Ali ni. Di mana letaknya nikmat mata, telinga, otak dan akal beliau yang Allah kurniakan. Seolah-olah PAS yang memerintah Kelantan selama ini tak buat apa-apa.

Jangan ukur kejayaan antara apa yang Firaun buat dengan apa yang para Nabi lakukan. sememangnya tak sama sebab tujuan perjuangan kedua-duanya pun tidak sama.

Kalau salahlah perjuangan PAS, maka bagaimana dengan Para Nabi khususnya Nabi Muhammad SAW yang bertungkus lumus berjuang menegakkan Islam dengan skim galakan kepada para pejuangnya dengan tawaran ganjaran Syurga Allah SWT. Apakah ianya juga bahan sindiran Ali?

Perwakilan UMNO WAJIB menolah pemimpin seperti ini dari menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Bertaubatlah……bertaubatlah Ali……


Responses

  1. namo jah ali, wak male ore isle jah. tok seda diri.

  2. Memanglah Ali Rustam ni nak cakap aje. Jangan tak cakap nanti orang kata tak pandai pulak, nak jadi timbalan prsiden UMNO. Tapi tulah bila keluar aje kata-kata dari mulut mereka nampak sangatlah mereka ni jahil tentang rukun Islam. Rukun iman dan perkara fardhu ain dalam islam. Cakap kali kedua pula nampak pula nak tergelincir aqidah. Itulah rupanya bakal pemimpin UMNO. Stakat dunia aje. Nak bawa anak pengikut ke akhirat tak pandai.

  3. Dengan kemenangan Calon PAS dalam pilihanraya kecil p 36 Kuala Terengganu, jelas dan bersuluh rakyat sudah semakin jauh dari BN dan semakin dekat pula dengan Pakatan Rakyat. Situasi ini membolehkan jalan ke Putrajaya semakin dekat dan duri-duri yang berada di tengah jalan menuju kesana semakin di kesampingkan.

    Pakatan Rakyat harus berusaha membanting tulang 3 kerat yang ada bagi meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Waktu ini amat sesuai untuk meneruskan perjalanan yang semakin dekat ini. Pun begitu harus di ingati bahawa BN tidak akan berdiam diri bagi menggagalkan usaha pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh Pakatan Rakyat. UMNO akan mengadakan pemilihan jawatan dalam parti bulan Mac ini yang menyaksikan pelbagai jawatan di pertandingkan. Ali Rustan yang kuat berkukuk ini kerana mahukan jawatan Timbalan Presiden. Ia akan berusaha sedaya upaya dengan menggunakan pelbagai elemen kearah mencapai matlamatnya.

    Kita tidak bisa menyalahkan Ali kalau ianya bercakap sedemikian rupa kerana keseluruhan UMNO itu sendiri perlu di bedah bagi membolehkan kepercayaan Rakyat kembali pulih.
    Tok Guru pernah menyebut Kalau UMNO mengubah dasar Nasionalis kepada Dasar Islam, PAS tidak perlu di ujudkan lagi. Beliau sendiri akan berkempen untuk UMNO. Tapi nampaknya UMNO masih tidak bersedia mengubah dasar perjuangannya dan terus dengan dasar Nasionalis.

    Abad ke 21 ini adalah abad kebangkitan Islam dan ianya mula bersinar bagi memberi kesejahteraan seluruh umat manusia sejagat. Oleh itu UMNO kena berubah mengubah dasar perjuangan dan strategi untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan perubahan yang di maksudkan ialah kembali kepada Islam yang syumul. TERIMA LAH HAKIKAT WAHAI UMNO !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: