Posted by: manjanik | Januari 12, 2009

Dua cerita petanda BN sedang menyusur kekalahan

Kenapa Kita Masih timbul isu calun ?

Kenapa pulak selepas 10 hari Datuk Wan Ahmad Farid diumunkan sebagai calon, masih ada soksek-soksek tentang calon? Kenapa masih ada yang tidak puashati?

Malah cukup menyedihkan lagi masih ada dikalangan AJK Bahagian yang tidak puashati.

Mereka masih mengaitkan Datok Wan Farid dengan sikap abangnya Datok Wan Hisham.

Malahan ada juga dakwaan mengatakan bahawa Wan Ahmad Farid orang kuat Idris Jusoh, Sebab itu YAB Dato’ Ahmad Said rela memberi Sewa Stadium negeri kepada PAS.

Sepatutnya isu ini tidak berbangkit lagi, kerana semuanya sudah selesai.
Krisis dalaman yang lama-lama itu biarlah berlalu.

Kita semua nak lihat Dato’Ahmad Said dan Dato’Seri Idris Jusoh duduk berceramah disatu pentas di Kuala Terengganu.

Kita juga mahu lihat Datuk Roslan Awang Chik duduk ceramah satu pentas dengan Dato’ Wan Ahmad Farid.

Kita juga mahu lihat Mohd Sabri Alwi berceramah satu pentas dengan Dato’ Che Mat Jusoh.

-Hanya sebuah keluhan-

Dato’ Che Mat : Apa sudah jadi ?

Dato’ Che Mat Jusoh semasa melawati UPU Permint Jaya telah mengaku bahawa beliau adalah pegawai pembangunan DUN Batu Burok.

Katanya beliau dilantik oleh MB dan bukan cadangan umno bahagian.
Apa yang pelik beliau menyatakan kehadiran beliau bukan atas arahan umno bahagian, tetapi atas arahan MB sendiri.

Kenapa jadi begini?

Sekali lagi pula che Mat Jusoh mengulangi kata-kata beliau yang mana Wan Farid ini bukan calon terbaik BN.Katanya Wan Farid ni suka mencantas atau cah keting,beliau memberi contoh macamana beliau dan arwah Dato’ Razali dicantas dari umno bahagian kerana Wan farid nak menangkan Md Sabri Alwi dan Wan Hisham.

Kalau betul Che Mat dilantik oleh MB, apa tujuan apa motifnya?
Kenapa pula Che Mat Jusoh berkata demikian dalam keadaan Wan Farid sangat kritikal sekarang?

Apa kah ini Kerja MB Dato’ Ahmad Said?

Dua artikel ini disedut dari laman khas BN untuk PRK Kuala Terengganu ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: