Posted by: manjanik | Januari 10, 2009

Orang UMNO sendiri mengesahkan calon BN SOMBONG

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak wanpari3bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

wanparid-n-yazida1“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi  buah mulut di kalangan orang ramai.

Bukan sahaja  orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.

Keadaan ini berbeza jauh dengan calon PAS, Hj Abdul Wahid Endut. Ini kerana beliau merupakan seorang yang wanparid4sudah lama disenangi oleh orang ramai tidak kira PAS atau UMNO. Beliau tidak pernah kalah dalam Pilihan Raya Umum sejak 5 penggal yang lalu. Ditambah lagi beliau amat bersederhana walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang kaya.

Apa yang menjadi masalah kepada Wan Farid ialah kerana rata-rata penduduk Kuala Terengganu amat tahu dengan sifat peribadi beliau. Walaupun beratus dan beribu  banner dan poster ditampal diseluruh kawasan pilihan raya yang menggambarkan beliau seorang yang mudah didekati dan tidak sombong, tetapi mereka amat tahu siapa  sebenarnya calon BN ini.

Sehelai lalang tidak mampu menutup bangkai gajah……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: