Posted by: manjanik | Januari 8, 2009

Warkah Tok Guru Kepada Tun Dr Mahathir

Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir

Pengerusi Yayasan Anti-Perang

Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Tun,

Assalamualai’kum WMWB

Pernyataan Harapan Sokongan

Alhamdulillah. Dalam keadaan seluruh warga dunia non-Yahudi sedang sugul meratap; gamam atas aksi bedebah Tel Aviv yang paling gila di Tebing Gaza terkini , Yang Berbahagia Tun telah menyuluh sejalur cahaya harapan melalui pandangan pintar penuh tanggung jawab menerusi Mingguan Malaysia bertarikh 4 Januari 2009. Saya menerimanya dengan setinggi-tinggi ucapan syukur dan iringan syabas. Dalam isu-isu seumpama inilah keunggulan kepimpinan Tun tidak terbanding dengan mana-mana pemimpin Umno sediada yang di lihat masih tidak tahu apa yang perlu dibuat. Mereka keliru, bisu dan kelu.

Selaku Pengerusi Yayasan Anti Perang Kuala Lumpur, saya mohon Tun terus menerajui kepimpinan ini kerana di sana terletak segunung harapan dunia untuk menumpang ide-ide Tun dalam isu sepenting ini. Sesungguhnya, keganasan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza terkini bukan setakat isu umat Islam. Ia telah melangkaui isu keamanan sejagat, bahkan menyentuh isu kemanusiaan seluruhnya. Ia dipijak oleh satu bangsa bongkak; “sekumpulan manusia yang berhatikan haiwan dan berperutkan binatang” – sejenis yakjuj makjuj yang tidak pernah merasa bersalah.Boikot barangan yang di cadangkan oleh Tun saya kira wajib disambut oleh Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia. Selaras dengan ini, Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan seluruh Persatuan Pengguna harus serta merta mengeluarkan senarai lengkap produk buatan AS, Israel dan mana-mana Negara proksi yang ada pertalian kuat dalam pelan persekongkolan penyembelihan manusia yang sedahsyat ini.

Kita tidak boleh lagi mengharapkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab (Muslim League) atau kerangka kerjasama Selatan -Selatan kerana apa jua syor atau desakan badan-badan ini sering ditelan oleh keputusan Majlis Keselamatan PBB yang lebih mengatasi. Veto lima kuasa besar sering melakukan “over rule” di mana-mana – sekali gus melumpuhkan segala usaha dan proses damai dalam mana-mana kerangka dan platform bertaraf rasmi.

Kearah ini, jalinan kerjasama padu pelbagai rumah media dalam dan luar harus dimantapkan serentak. Senarai produk yang kita maksudkan harus dibuat paparan berkekalan selagi kedua-dua binatang di Washington dan Tel Aviv itu masih enggan menjadi manusia. Klip-klip video bukti kekejaman pengeboman dan tembak menembak ke atas wanita dan kanak-kanak perlu sering dinaikkan dan diiklankan. Ini demi membuktikan kezaliman pusingan ini bukan perkara sendiwara dan kerja rekaan. Ia real. Inilah wajah binatang sebenar yang dunia sedang takuti dan inilah dia dajal raksasa yang selalu disebut oleh kitab suci al-Quran, sabda Nabi Muhammad SAW.  dan para Nabi.

Dunia barangkali memerlukan ikon baru yang mewakili puak yang ditindas. Mungkin Yang Berbahagia Tun dapat tampil sebagai idol penyatuan dunia yang berdiri istiqomah di hadapan, ke arah mendukung misi ugama dan kemanusiaan ini. Jika diminta pendapat, maka sayalah orang pertama yang akan merestui kepimpinan Tun dalam rangka krisis kemanusiaan yang melanda planet bumi terkini.

Alhamdulillah. Syabas sekali lagi dan wassalam.

Nik Aziz Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

Tanggal: 10 Muharam 1430/7 Januari 2009

(Telah di Pos laju petang semalam kepada Tun)

Advertisement

Respon

  1. saya pun sependapat dengan penulis ni. pemimpin no satu malaysia ni macam harimau kehilangan taring. nak erucap pada orang kita pun tak tahu, ucap sikit nak orang tepuk..tepuk.. sampai sekarang pun dia tak berani kondem amerika pasal kes palestin ni. tun lain, dia amat berjiwa palestin. kenapalah orang islam kat dunia ni tak boleh buat apa. ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada umat Muhammad ini. kuatkanlah kami semua. amiiinn

  2. kan anak dia yg buat komponen bom tu dulu – scomi kan?

    ingat2 lupa la pulak.

  3. assalammualaikum…saya sependapat dgn tok guru tentang isu palestin,saya juga berharap agar tun dapat menyedarkan pemimpin yg ada skrg tentang isu ini dgn lebih berani.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: