KEMPEN Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu telah memasuki hari ke tiga. Kerancakannya masih lagi belum kelihatan jika dibandingkan dengan Permatang Pauh. Kenapa jadi begini?
Samada BN atau PAS, ianya sama sahaja. Selepas hari penamaan calon, bandar Kuala Terengganu macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak sibuk dan tidak sesak. Orang Terengganu sendiripun macam tidak ambil kisah apa yang sedang berlaku dipersekitaran mereka. Inilah kepelikannya! Mungkin juga belum “panas” lagi.
Dalam pada itu, semalam saya diberitahu oleh seorang pemimpin Umno, calon BN, Datuk Wan Farid telah dimarahi oleh Datuk Seri Najib Razak. Ini bersabit dengan corak kempen yang dijalankan oleh Wan Farid yang “serba tidak kena”. Mungkin juga Najib salah terima laporan dari pembodek-pembodeknya.
Beberapa orang pemimpin Umno dari beberapa negeri juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan peranan mereka yang “lebih laju” dari pemimpin Umno Terengganu sendiri. Datuk Mustapha Mohamed juga menyuarakan pandangannya agar Pak Lah dan Khairy tidak turun ke Terengganu. Ini kerana bagi beliau sekiranya Pak Lah dan Khairy turun, “masalah” yang dibawa lebih banyak dari “keuntungan” kepada BN.
Dapat dirasakan bahawa BN macam mati akal dalam pilihan raya kali ini. Apa yang dibuat mereka macam tidak terkesan kepada pengundi. Ini diluar jangkaan pemerhati politik. Walau bagaimanapun perang poster dan sepanduk nampaknya berjalan sebagaimana tradisinya. BN nampaknya banyak belajar teknik dan ciptaan dari Pakatan Rakyat dimana apa yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh cuba ditiru oleh BN di sini.
Apapun kita tengoklah sehari dua lagi, bagaimana situasi PRK kali ini. Jangan jadikan nasi dagang lebih diberi tumpuan dari kempen-kempen sudahlah!

Kreatif.... perang poster bermula, bulan mula mengambang
saya tak tahulah mana yang betul dalam berpolitik ni. bagi saya siapa yg dpt kuasa dialah yang kaya. tak kiralah umno ke pas ke pkr. semuanya gilakan kuasa dan duit. orang alim selalunya menolak utk berkuasa, tapi kita berebut nak kuasa. kenapa? nak duit! nak jadi imam masjid pun bergaduh!
By: zaharudin abdullah tahir on Januari 8, 2009
at 11:51 am
aaaiii politik politik…
By: gerektua on Januari 8, 2009
at 8:52 pm
politik hancing?
By: Nasron al-Jauhari on Januari 9, 2009
at 1:03 am
Pada pendapat dan pandangang amba, suasana di Kuala terengganu sekarang rancok doh. Cuma dok tengok tu ramai doh petugas UMNO balik negeri. Tak tahu bakpo…..orang ganu ni sensitif sikit kalu orang kecek kasor dia dok berapa setuju. Ambo dok perati puak-puak puteri dan pemuda agak agresif dalam dok ngepen. Sebab tu ada pengundi tutup pintu tok seir terima orang nak ngepen.
Puak PAS pula nampak agak gadik sikit dan buat keje sungguh, Agak amba PAS mene sini dalam pilihanraya.
By: CikguNuri on Januari 12, 2009
at 2:28 pm