Posted by: manjanik | Disember 31, 2008

Tok Guru Lancar Jentera Pilihanraya

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuanguru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan Jentera Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu bagi DUN Bandar  di Masjid Hiliran pada 28 haribulan yang lalu. Turut sama dalam majlis pelancaran itu ialah Dato Wan Mutalib Embong, Hj Wahid Endut, Dato Tengku Hassan Tengku Omar, Dato Hj Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Hj Abdul Fatah Haron dan ramai lagi pimpinan-pimpinan lain yang turut sama hadir.

Program dimulakan dengan Solat Maghrib, Kuliah Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat itu disertai oleh lebih seribu orang termasuk penduduk tempatan.

Tok Guru dalam ucapannya mengingatkan kepada hadirin bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan diambil kira oleh Allah SWT samada ianya dosa atau pahala. Memberi undi kepada orang yang tidak mahu kepada Islam yang sebenar-benarnya dianggap bersama dengan mereka untuk menderhaka kepada Allah walaupun pada mulut mereka sentiasa menyebut mahukan Islam.

Tok Guru juga mencabar mana-mana orang yang tidak mahu kepada Islam supaya mencari bumi lain sebagaimana cabaran yang telah dibuat oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an. Tidak layak mereka menduduki bumi Allah ini jika mereka mahu melaksanakan selain daripada apa yang telah Allah tentukan kepada manusia.

Sebelum itu, Tok Guru menghadiri jemputan jamuan  makan malam dirumah anak Datuk Ambak penasihat Masjid Hiliran. Kehadiran Tok Guru disambut oleh Datuk Ambak dan keluarga beliau.

lancar2

lancar3


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: