Posted by: manjanik | Disember 18, 2008

Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Perbincangan soal siapa calon yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu samada dari PAS atau BN semakin menarik perhatian. Tua Muda, petani nelayan, pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta, peniaga dan buruh juga mat rempit semuanya ingin tahu siapa yang akan jadi calonnya.

Saya tidak bercadang untuk mengemukakan pandangan siapa calon BN. Terserahlah kepada pucuk pimpinan BN. Najib ada Pak Lah ada dan Mat Said lagi ada. Apa yang saya ingin menarik perbincangan ialah siapa sepatutnya menjadi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pimpinan PAS perlu mengambil kira sangat-sangat “SELERA PENGUNDI” sebelum memutuskan siapa yang perlu diketengahkan sebagai calon. JANGAN sekali-kali memilih calon berdasarkan kepada puak, kepentingan, egois, politik masa depan seseorang pemimpin, ingin sangat menjadi YB dan apa sahaja yang bercanggah dengan “selera Pengundi”.

Maka sudah tentulah sekiranya pemilihan calon selari dan selaras dengan apa yang “pengundi berselera” untuk makan, ianya akan memberi pulangan positif kepada PAS itu sendiri. JANGAN sekali-kali menyumbat makanan ke mulut pengundi sedangkan mereka tidak mahu memakan dan mengunyahnya apatah lagi menelannya.

Sepanjang penelitian saya ketika berada di kawasan Pilihanraya Kecil ini, rata-rata pengundi mahukan anak tempatan sebagai calon mereka. Itu asas pertamanya. JANGAN sekali-kali membawa calon luar dari Negeri Terengganu dan juga calon LUAR dari kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Maksudnya, calon semestinya ANAK TEMPATAN sendiri.

Kedua, Mereka mahukan calon yang boleh menjadi orang tengah antara pengundi muda dengan pengundi tua. “konsep yang tua dihormati dan yang muda dikasihi” perlu menjadi asasnya.

Ketiga, calon mesti seorang yang berpendidikan, lagi tinggi lagi baik. Ini kerana kawasan pilihanraya ini adalah kawasan bandar dan persisir bandar. “Berpendidikan” itu amat penting untuk mewakili rakyat kawasan ini.

Keempat, calon mesti mempunyai sikap dan sifat yang diterima ramai oleh pengundi tidak kira mereka yang penyokong parti atau rakyat yang tidak berparti. Maksudnya calon bukan dari kalangan yang “berpayung terjun” iaitu menjadi calon sedangkan tidak pernah bersama dengan rakyat di kawasan ini. Apatah lagi menyelami masalah mereka, makan minum dan tidor bangun dengan mereka. Calon mengenali pengundi dan pengundi mengenali calon.

Kelima, Calon hendaklah sudah terbukti kepimpinannya dan diterima ramai. Tidak mempunyai rekod sensitif dengan rakyat dan massa.

Keenam, Mempunyai ramai kenalan yang menghormati calon tersebut baik rakan mahupun lawan. Hubungan yang baik amat penting dalam proses “mengutip undi”. Kenalan inilah yang akan menolong secara tidak langsung bahkan lawan yang rapat dengan calonpun akan memberi undinya.

Ketujuh, tidak mempunyai masalah dengan kaum bukan Melayu. Keraguan pengundi bukan Melayu terhadap calon akan menimbulkan masalah kepada gerakkerja merayu undi. Apatah lagi kalau calon tersebut dipertikaikan kewibawaannya.

Itu adalah diantara apa yang ditemui di Kuala Terengganu. Jadi terserahlah kepada pucuk pimpinan PAS siapa yang mereka mahukan. Adakah pilihan mereka atau pilihan pengundi yang mereka akan ikut.

Cuma pesan saya, kalau pengundi mahu makan tomyam maka hidangkanlah tomyam jangan memaksa pengundi makan soup walaupun soup ekor kerana mereka mahu makan tomyam.

“Lari”nya undi Mohd Sabu kepada Tok Mum dan undi rosak yang besar adalah kerana pengundi mahu tomyam tetapi soup yang dihidangkan. Walaupun tomyam itu pedas tetapi oleh kerana mereka kata tak apa, maka silalah hidangkan. Mereka sanggup undi Tok Mum dan merosakkan kertas undi semata-mata mereka tidak mahu kepada BN dan PAS pula “menghidangkan” apa yang mereka tak nak.

Perbandingan perolehan undi berdasarkan kepada undi DUN dengan undi parlimen amat jelas hakikatnya iaitu pengundi Kuala Terengganu sangat cerdik. Oleh itu jangan permainkan mereka.

Ingat! Najib kata pengundi adalah “raja”. Maka layanlah sebagaimana kita layan raja. Apapun terserahlah kepada pucuk pimpinan PAS mahu menang atau mahu kalah…. Yang pasti 6 haribulan januari nanti jelaslah siapa yang akan diarak sebagai calon. Tok Mum, Kosing, Mat Sabu, Dato Pha Ali, Azman Shapawi, Syed Azman, Wan Farid, Che Mat Jusoh, Zuber Embong dan entah sesiapa lagi mungkin akan diarak.

Advertisements

Responses

  1. dari segi politiknya saya setuju pandangan anda bahawa org tempatan patut jadi calon..cadangan saya dr syed azman..tapi segi dasar perjuangan Islam dan PAS..nampak gayanya org K.Terengganu lari jauh sgt dah dari jiran nya di Kelantan..agak ini sebabnya pada PRU12 haritu PAS tak menang di Terengganu..sory kalu pedas…sebab bukan persoalan keadilan dan penindasan yg jadi isu utama…tapi org tempatan ataupun org luar!!harap org Terengganu boleh belajar dari pengundi dari negeri lain..ada yg dah tak kira samaada dia cina ataupun melayu ataupun india dah..janji dia bukan calon UMNO!!!apa-apa pun saya doakan moga PAS menang di KT.

    MANJANIK: Itulah harapannya. Perubahan minda dalam meneruskan perjuangan.

  2. Harap saudara boleh baca analisa oleh Mat Zain Mat Isa di dalam Harakahdaily.net hari ini..ulasan beliau lebih jelas dan penuh fakta berkaitan isu org luar ini..dan harap sama Pemimpin PAS Terengganu akan lebih matang lagi dalam Politik baru Malaysia menjelang PRU 13..usah kita menemplak BN..kalu kita pun amat susah nak ubah minda konservatif ini..demi rakyat..demi PR..demi Malaysia..ubahlah minda itu..sedangakn Bilal..seorang bekas hamba bangsa Afrika diangkat Nabi sebagai salah seorang yang penting kepada Nabi..apalah pulak..saudara sebangsa seagama dipertikaikan kewibaan beliau kerana beliau tidak boleh berloghat Terengganu..sayang sekali Terengganu tidak dalam aliran politik Malaysia baru…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: