Posted by: manjanik | Disember 10, 2008

Kerajaan Khir Toyo lulus 90 projek cerun

Hairan!. Di manakah sahabatku, Datuk Seri Mohd Khir Toyo dalam peristiwa tragedi Bukit Antarabangsa. Beliau tiada kelihatan dan tidak pula memberi apa-apa komen. Tidak tahulah mungkin saya terlepas pandang tetapi sememangnya beliau tidak kelihatan. Mungkin bukan tanggungjawab beliau lagi sekarang ini. Beliaupun bukan MB lagi.

Walau apapun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab juga dengan apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Begitu juga dengan Menteri-Menteri Besar BN yang sebelum ini. Apa yang berlaku sekarang ini adalah hasil kerja tangan-tangan mereka. Melulus dan membenarkan projek-projek tersebut adalah di zaman BN memerintah. Adalah tidak adil media dan pemimpin BN seolah-olah menunding jari kepada Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengambil alih pemerintahan.

90 projek cerun yang telah diluluskan sebelum ini sebagaimana yang diberitahu oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian. Projek yang diluluskan di zaman BN memerintah itu perlu dikaji semula. Dan apa yang penting apakah ada unsur-unsur rasuah disebalik kelulusan tersebut. Ini kerana  larangan dan arahan tidak membenarkan sebarang pembangunan di tanah tinggi telahpun  disuarakan oleh Perdana Menteri sendiri.

Sekarang ini, apabila nasi sudah menjadi bubur, masing-masing mahu menyalahkan antara satu sama lain. Dalam masalah ini, tiga pihak yang terlibat  perlu diambil kira; Kerajaan, pemaju dan pembeli.

Persoalannya, apakah pemaju akan melaksanakan projek mereka sekiranya tiada pembeli? Adakah kerajaan akan meluluskan projek sekiranya tiada permohonan dari pemaju? Sebagai manusia yang dianugerahkan akal yang membezakan manusia dengan haiwan (sememangnya orang-orang yang bijak pandai sahaja yang mendiami cerun ni) dan kekuatan untuk berfikir, kenapa tidak meletakkan otak di hadapan semasa membuat keputusan? Kenapa semasa membuat keputusan untuk bertenggek di lereng bukit berpandukan nafsu semata-mata – nak lihat panorama indah konon, dilihat sebagai golongan elit, gah dengan suasana dan macam-macam alasan lagi. Punca semuanya adalah NAFSU SERAKAH.

Percayalah! pemaju tidak akan melaksanakan projek mereka sekiranya tiada orang yang mahu membelinya. Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila pihak Pihak Berkuasa Tempatan tidak meluluskan sesuatu projek, pembeli dan pemaju ini akan mencari orang-orang tertentu untuk meluluskannya. Dan ianya diluluskan atas kuasa POLITIK yang ada dan melangkaui kuasa yang ada di bahagian pentadbiran. Apatah lagi sekiranya pembeli itu ada “kuku” yang lebih tajam.

Sebagai orang Islam kita diajar tentang hubungan kita dengan Khalik(Pencipta), hubungan kita sesama manusia dan hubungan kita dengan alam(makhluk lain). Ada panduannya. Kenapa kita langgarinya? Allah SWT telahpun memberi amaran bahawa yang merosakkan dunia ini adalah “tangan manusia” itu sendiri.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Room ayat 41;
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ 

Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Allah Berfirman lagi dalam surah Al-A’raf ayat 56;
وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفً۬ا وَطَمَعًا‌ۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”.

Sehubungan dengan itu, mari kita renung bersama pengajaran dari khutbah yang dibaca sempena sambutan minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 12 September 2006, iaitu antaranya;

1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, menerusi aktiviti pertanian, perindustrian dan pembangunan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar.

2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana.

3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini.

4. Pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang ada didalamnya, sama ada berupa makhluk yang hidup atau yang mati, yang berakal atau sebaliknya. Kesemua ini membawa kepada petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah s.w.t.

Berfikirlah ke arah yang lebih baik yang diredhai oleh Allah SWT.

Advertisements

Responses

  1. Saya Penghulu mukim Chicha Kubang kerian menyokong apa yang di tulis oleh Manjanik dengan alasan-alasan yang begitu konkrit dan sukar untuk di patahkan hujjahnya. Ni baru penulis blog sejati dan banyak idea-idea yang bernas.

    Isu yang dibangkitkan masalah kemusnahan alam yang memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam maya ini. Sesungguhnya peristiwa bukit antarabangsa yang mengakibatkan kematian 4 orang setakat ini adalah hasil daripada tangan-tangan rakus manusia sendiri. Tangan yang meluluskan projek (Kerajaan Khir Toyo), tangan pelaksana ( Pemaju) dan tangan yang menebang pokok-pokok hijau (Penghuni sendiri) semuanya kan disoal oleh Allah. Kemusnahan ini sesungguhnya dari manusia sendiri.

    Warna kehijauan Bukit Antarabangsa bertukar kekuningan dan biru pekat. Udara yang nyaman menjadi udara yang kotor, suasana pagi yang hening dengan suara beburung berkicauan bertukar menjadi suara jentera mengaum saperti harimau. Bunga-bunga yang indah berseri bertukar menjadi lalang yang layu akibat injakan manusia rakus. Tunggu la akibatnya nanti. Oleh kembalilah kepada Jalan lurus agar selamat sentiasa.

  2. itulah akibatnya jika zalim terhadap alam. semoga menjadi pengajaran kepada semua pihak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: