Posted by: manjanik | November 30, 2008

Siapa penentu calon BN PRK KT: Pak Lah atau Mat Said?

Semua orang tak sabar-sabar mahu melihat perkembangan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan pertandingan sengit. Bukan sahaja sengit antara PAS dengan BN tetapi juga antara MB dengan PM.

Sekumpulan orang Terengganu yang saya temui tiga minggu lepas di Pahang begitu menyanjungi Mat Said berbanding Idris Jusoh, MB dahulu. Bagi mereka Mat Said lebih berkebajikan. Mungkin juga isu dapat balik wang royalti yang mempengaruhi mereka. Mungkin juga sikap “melawan arus” Mat Said menjadi sanjungan mereka.

"Mung ni Mat Said susoh kkire payoh bbaso, tok dengor kato oghang".Walau bagaimanapun sikap Mat Said si MB Terengganu “loning” agak berbeza dengan Idris Jusoh “ghitu” (dulu), terutamanya dalam soal mentaati boss besar mereka, Pak Lah. Bukti-bukit “tak dengar kata” Mat Said sudah jelas terutama dalam isu perlantikan MB, Pembelian kereta Mercerdes dan melarang EXCO bertanding merebut jawatan parti baru-baru ini.

Dari pengalaman itu, apakah kenyataan Hishamuddin Hussien bahawa Pak Lah akan menentukan calon  pengganti Razali akan menjadi kenyataan?

Mungkin “tidak dengar kata” Mat Said akan terus berlaku dalam menentukan calon di PRK Kuala Terengganu akan datang ini. Kalau dilihat kepada peristiwa-peristiwa lepas, maka tiada sebab Mat Said akan beralah dalam bab ini. Sudah pasti orang yang dia nak mesti akan dapat jadi calon.

Maka sekiranya terjadi adegan yang tidak ingin UMNO lihat ini, sudah pasti Pak Lah akan tercabar lagi dan orang yang betul-betul pening dengan hal ini adalah Najib yang akan dinobatkan sebagai PM tahun hadapan.

Apapun kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya nanti. Adakah Mat Said akan patuh kali ini?


Responses

  1. Saya yakin bahawa pertarungan hebat pastinya akan berlaku di Kuala Terengganu. Oleh hal yang demikian perhatian bukan sahaja kepada calon BN tetapi calon dari Pakatan Rakyat juga perlu di ambil kira. Calon PAS pada pilihanraya lalu adalah Sdr Mohamad Sabu dan cuma kalah 600 lebih sahaja. Kalau di ambil kira faktor semasa dan sikap pengundi di Kuala Terengganu antara sebab kekalahan dalam pilihanraya lepas isu nya adalah calon luar. Pada pandangan saya calon PAS yang wajar di cadangkan hendaklah dari anak Negeri terengganu dan misti dari Kuala terengganu sendiri. Antara nama-nama yang boleh di tonjolkan adalah YB Syed Azman, Wahid Endut, Dato Wan Mutalib Embong, Dato Bakar Chik ataupun Dato Mustaffa Ali yang pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat di situ pada tahun 1974 dahulu. PAS perlu pertimbangkan calon yang bersesuaian dan boleh memberi kemengan.

  2. Saya kurang setuju dengan pendapat dan pandangan Cik Gu nuri. PAS merupakan parti nasional dan setakat ini ramai calon-calon luar bertanding tidak di negeri sendiri. Contohnya YB Nasaruddin mat Isa menang di Bachok, YB Salahuddin menang di Kubang kerian dan Dr Hatta menang di Kuala Krai. Jadi kalau faktor calon luar boleh menjejaskan kemenangan saya rasa PAS masih lagi parti kekampungan bukannya nasional. Itu di Kelantan, kalau di Selangor Dr Zul menang di Hulu Selangor, Rosli Che Mat menang di Hulu Langat dan Khalid Samad menang di Shah Alam. Mahfuz Omar menang di Pokok Sena kedah dan orang Penang. Oleh itu bukan faktor calon dalam Negeri sahaja boleh memberi kemenangan di Kuala terengganu tetapi calon luar juga pastinya akan menang. Cuma saya rasa calon terbaik setakat ini adalah Syed Azman.

  3. Wak rasa nak bui juga komen dalam bab pilih calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil nanti. Bagi wak, calon terbaik setakat ni hak nampaknya Syed Azman serupa hak Mat Pauh royat. Syed ni orang Kuala Terengganu dan lulus PHD sains Politik dan menang dalam pilihanraya lepas bagi kawasan DUN Batu Buruk. Wak pun setuju kalau PAS nak calonkan Syed Azman. Cuma kena pikir sikit, orang akan kata Syed ni tamak, jadi tok wakil dah hak state, nak parlimen pulak walaupun dia pernah menang situ. Pimpinan Pakatan perlu pikir kalaulah dengan Syed Azman bertanding boleh memeri kemenangan, kena pilih dia tapi kalau sebaliknya kena cari orang lain. Pun begitu kita kena ingat, BN akan main isu Syed Azman ni tamak dan PAS tak dok calon lain ke ? Di sini wak boleh sebut beberapa nama lagi saperti Yahya Ali, Dato’ Wan Mutalib dan Mat Sabu pun boleh di beri peluang sekali lagi atas dasar dia Naib Presiden.

  4. KAWE TOK SETUJU LASONG dengan pendapat dan pandangan Cik Gu nuri. PAS merupakan parti nasional dan setakat ini ramai calon-calon luar bertanding tidak di negeri sendiri. Contohnya YB Nasaruddin mat Isa menang di Bachok, YB Salahuddin menang di Kubang kerian dan Dr Hatta menang di Kuala Krai. Jadi kalau faktor calon luar boleh menjejaskan kemenangan saya rasa PAS masih lagi parti kekampungan bukannya nasional. Itu di Kelantan, kalau di Selangor Dr Zul menang di Hulu Selangor, Rosli Che Mat menang di Hulu Langat dan Khalid Samad menang di Shah Alam. Mahfuz Omar menang di Pokok Sena kedah dan orang Penang. Oleh itu bukan faktor calon dalam Negeri sahaja boleh memberi kemenangan di Kuala terengganu tetapi calon luar juga pastinya akan menang. Cuma saya rasa calon terbaik setakat ini adalah Syed Azman.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: