Posted by: manjanik | November 30, 2008

BN semakin nazak, PPP pula ugut keluar

mStar melaporkan:

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Rakyat (PPP) akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang, kata Presiden parti, Datuk M Kayveas.

Seorang Presiden yang berani..syabas

Seorang Presiden yang berani..syabas

“Saya harus mengikut apa yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda (PPP) kepada PPP dan mereka mahu ISA dimansuhkan.

“Sebagai parti yang bertanggungjawab, saya memberitahu mereka, ‘mari kita lakukan separuh jalan’ dan minta pindaan terhadap akta itu supaya ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warganegara yang tidak bersalah,” katanya ketika upacara pembukaan pemilihan Pemuda dan Wanita, di sini.

Beliau menambah, jika BN serius dalam usaha mereka untuk menjenama semula maka ISA perlu dipinda.

“BN harus membuat perubahan sebelum pilhan raya umum seterusnya. Ia boleh ‘membunuh’ jika kita tidak merancang untuk menghadapi pilihan raya seterusnya.

“Masalah mengenai BN adalah kejayaannya sejak 50 tahun lalu. Kejayaan adalah pengajar yang teruk. Ia mempengaruhi orang yang bijak untuk berfikir yang mereka tidak akan kalah.

“Pilihan raya Mac lalu telah menunjukkan apa yang dimahukan pengundi dalam urus tadbir yang baik dan kepelbagaian kaum.

“BN telah melakukan pelbagai post-mortem di pelbagai peringkat untuk mendapatkan maklumat berhubung apa yang tidak kena dan mengapa pengundi menolak BN.

“Penyelesaian selalunya adalah kepelbagaian kaum tetapi sehingga kini, BN masih terperangkap dalam gambaran politik perkaumannya sendiri – yang telah pun diperkatakan tetapi tidak segera dilaksanakan,” katanya.

MANJANIK: Kenyataan Presiden PPP ini dengan sendirinya menafikan kenyataan Datuk Seri Syed Hamid Albar sebelum ini bahawa hanya segelintir sahaja yang tidak mahukan ISA. Persoalannya kenapa kerajaan susah sangat untuk memansuhkan ISA? Apakah kerajaan sendiri tidak yakin dengan kemampuan negara untuk menghadapi cabaran keselamatan? Ataupun kerajaan tidak percaya kepada keadilan undang-undang negara?

Apapun syabas dan tahniah kepada DATUK M KAYVEAS. Anda betul-betul seorang presiden….

Advertisements

Responses

  1. Bagi saya tuntutan mengubahsuai atau memansuhkan ISA perlu di lakukan segera oleh Kerajaan BN sekiranya mereka ada maruah. Ini kerana akta zalim ini sudah banyak kali di salah gunakan. PAS sendiri pada waktu itu menyokong usul akta ISA ini dengan alasan akta ini akan di gunakan untuk menghapuskan kominis dan keganasan. Namun PAS silap langkah kerana ramai pemimpin-pemimpinnya di tangkap di bawah akta ini. Jadi sudah wajar lah akta zalim ini di kaji dan kalau boleh di mansuhkan terus demi keharmonian rakyat seluruhnya. Amat wajar kalau PPP bertindak keluar BN kalau tidak di pinda akta ISA. Namun ianya tidak memberi apa kesan kepada BN sebab PPP tidak ada satu pun wakil rakyat baik di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri. hanya melukut di tepi gantang.

  2. Salam. Waktu ana di Universiti dulu kena ikat dengan AUKU dan bila dok luar U rasa tak leh nak gerak sebab sini tak leh wat kijo situ tak leh wat kija macam kena ikat dengan tali dan dema sorang dok gomo ana. So kalau kerajaan yang ada pada hari bermaruah dan tidak rasuah atau lebih sudu dari kuah, ana rasa sudah sampai masanya akta ISA di mansuhkan terus dari persada tanah air yang tercinta ini. ISA adalah akta usang yang membelenggu rakyat dan akan tiba masanya kalau tidak di mansuhkan ianya mungkin mengakibatkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Kerajaan dan dunia akan mengutuk.

  3. Kalau nak tahu perbincangan tentang ISA menurut Islam lawatlah blog saya. Saya ada bawakan pandangan ulama berkaitan dengannya.

  4. Sapa Khairi Jalalluddin ? kalau Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah dan suami kepada anak Pak Lah dan Datin Hindun dulu, saya kenal la…Dia ni pernah belajar di OXford Universiti dan cerdik dalam mewarnai politik tanah air.

    Kalau Khairi Jalaluddin sapa pulok ? orang UMNO ko Orang Pakatan Rakyat ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: