Posted by: manjanik | November 28, 2008

Timbalan Menteri Meninggal, Pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Al Fatihah kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran yang telah kembali ke Rahmatullah jam 6.30 petang tadi di secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Allahyarham di fahamkan sedang bermain badminton bersama dengan beberapa kakitangan institut berkenaan sebelum rebah. Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa balik ke Terengganu dari Hospital Bentong malam ini juga.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari. Ianya dijangka sengit sebagaimana Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Selepas PKR mampu melepasi cabaran sokongan rakyat di Penang sekarang tibalah pula kita melihat bagaimana sokongan rakyat Terengganu kepada Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS.

Pilihanraya Kecil  ini juga akan memperlihatkan sejauh mana sokongan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara Mac ini. Ianya soal maruah dan masa depan beliau dan UMNO keseluruhannya. Kita tunggu dan lihat……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: