Posted by: manjanik | November 26, 2008

Ali Rustam lebih sayangkan babi dari rakyat Melaka.

Berita Harian mengkhabarkan; Kerajaan negeri tidak bercadang menghalang penduduk di sekitar Kuala Sungai Baru, dekat sini, mengadakan demonstrasi setiap hujung minggu sebagai bantahan terhadap tindakan pihak tertentu membuang sisa bangkai babi di kawasan mereka seperti berlaku hujung minggu lalu.

Ali Rustam tak nampak ke rakyat marah tuu.. Ke sibuk dengan Shah Rukh Khan..

Ali Rustam tak nampak ke rakyat marah tuu.. Ke sibuk dengan Shah Rukh Khan..

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata penduduk di kawasan terbabit boleh membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepadanya, tetapi pada masa sama, mereka wajar membantu polis menangkap pesalah sebenar untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Kenyataan seperti ini adalah kenyataan lepas tangan. Seolah-olah tidak ada apa yang akan diambil tindakan oleh Ali Rustam terhadap bantahan rakyat. Bagi beliau isu kepala babi lebih besar dari isu rakyat tidak mahu babi di situ.

“Terpulanglah kepada penduduk, tetapi jangan hanya marahkan Ketua Menteri, kerajaan negeri, parti dan kerajaan Barisan Nasional, sedangkan penjenayah sebenar yang melakukan kerja terkutuk itu dibiarkan terlepas,” katanya selepas melawat Pusat Zakat Majlis Agama Islam Melaka, di Peringgit, dekat sini, kelmarin.

Rakyat Melaka sepatutnya bersedia untuk PRU13 mengajar Ali Rustam dan BN Melaka yang langsung tidak mendengar rintihan mereka. Sepatutnya juga semasa PRU12 dulu lagi bantahan seperti ini sudahpun dibuat. Sudah menjadi amalan BN, bila selesai pilihanraya apa yang rakyat pinta tidak lagi dikota. Nahhhh…. kini sudah terbukti isu babi datang lagi tetapi Ali rustam tidak lagi peduli.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan penduduk kampung Pengkalan Balak dan Persatuan Pengusaha Chalet Bumiputera Melaka mengadakan demonstrasi di persimpangan jalan Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah setiap hujung minggu sehingga masalah ternakan babi tanpa kawalan di Paya Mengkuang, diselesaikan.

Kelmarin, kira-kira 2,000 penduduk pelbagai lapisan umur dan pertubuhan berhimpun selama 45 minit sambil membawa pelbagai sepanduk mengutuk kerajaan negeri di simpang jalan berkenaan.

Apabila ura-ura akan di adakan penternakan babi di Selangor dan Kedah, riuh melayu UMNO mendesak supaya ianya dibatalkan seolah-olah bantahan dibuat terhadap kandang dan babi yang sudah ada di kedua-dua negeri tersebut. Walhal cadangan tersebut sebenarnya datang dari melayu UMNO yang memerintah sebelum daripada itu. Nahhhhh…. sekarang babi sudah ada di Melaka bukan sehari dua tapi berpuluh tahun kenapa KAMU diam?

Inilah UMNO dan akan terusan menjadi UMNO haprak. Kuman nampak gajah tak nampak. Kasihan rakyat Melaka berketua Menterikan orang seperti itu. Bercakap berdegar-dengar membela melayu. Nahhhhh….sekarang terbukti babi lebih disayangi dari rakyatnya sendiri… Undilah UMNO/BN lagiii….

Di sini saya perturunkan kenyataan Ali Rustam mengulas isu cadangan projek ladang babi di Selangor.

Baca dan nilailah sendiri siapa sebenarnya Ali Rustam ini. Bila kena atas kepala sendiri beribu alasan diberikan. Tahniah kepada rakyat Melaka yang bangun membela nasib mereka sendiri tanpa menunggu Ali Rustam si pengecut itu.

Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya(11 April 2008)

TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.(Tak ada tempat lain ke nak bagi bela babi sampai kena bela dekat kampung bernama Masjid ni?)

Bila Blogger marah ginilah jadinya, walau bagaimanapun tak elok begini. Sabarr jangan ikut nafsu. Dari sobnation.wordpress.com

Bila Blogger marah ginilah jadinya, walau bagaimanapun tak elok begini. Sabarr jangan ikut nafsu. Dari sobnation.wordpress.com

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan. Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat. Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.(Betul ke dapat selesaikan? Jumlah babi yang kamu halalkan tupun dah capai lebih dari 50 ribu ekor campur pulak dengan yang kamu haramkan tu lagi ler banyaknya, kenapa lemah sangat penguat kuasaan kamu?. Ada unsur rasuah ker?)

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang. Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.(Apa yang jelas dia orang baru rancang belum lagi masuk hasil babi..tapi kamu tu dah dapat kecap nikmat hasil babi dari lesen-lesen yang kamu keluarkan)

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya. Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan. Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh sebab itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu. (Tok sah dok bohong lah Ali, kalau benar seperti apa yang kamu kata, rakyat kamu tak mengamuk lerrr…)

Saya cukup kecewa dengan sikap para pemimpin Pas yang menganggotai mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor yang turut bersetuju dan merelakan pembinaan ladang ternakan babi terbesar itu di negeri mereka, padahal mereka sebelum ini begitu lantang mengkritik saya berhubung isu babi di Melaka, walaupun kerajaan negeri sudah pun berusaha untuk mengurangkannya. Harus diingat bahawa sejak saya memimpin negeri ini, kita telah berjaya menutuo dua ladang ternakan babi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.(Apa kamu ingat rakyat kamu tak kecewa dengan sikap kamu tuuu…)

Tetapi apabila cadangan untuk membina ladang ternakan babi terbesar di negeri mereka, Pas tanpa segan silu turut menyokong cadangan tersebut. Tindakan para pemimpin Pas di dalam kerajaan Selangor juga telah “menghalalkan” perkara yang haram malah tanpa merasa bimbang akan pencemaran dan jangkitan penyakit yang boleh dibawa oleh babi kepada manusia, khususnya di kawasan terbabit. Ingatlah bahawa ladang yang akan dibangunkan itu adalah di kawasan majoriti didiami orang Melayu dan jika mereka benar-benar mahu membina ladang ternakan babi, buatlah di kawasan majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.(Basuh berak kita dulu sebelum nak basuh berak orang lain).

Rakyat Selangor kini bergembira kerana bakal menerima hadiah pilihan raya yang begitu tinggi nilainya hasil sokongan mereka kepada parti mereka pada pilihan raya lalu.(Melaka macamana? Bukan hadiah ke?)

Posted by Mohd Ali Mohd Rustam(mohdalirustam2.blogspot.com) blog yang sudah ditutup.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: