Posted by: manjanik | November 24, 2008

Fatwa Pengkid, Yoga dan Tuntutan Al-Qur’an

Heboh sehari dua mengenai isu pengkid dan yoga. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kedua-duanya adalah HARAM.

Sememangnya menjadi kewajiban kepada mana-mana rakyat yang berada dalam sesebuah negara mematuhi undang-undang dan peraturan negara tersebut. Akan tetapi perlu dingatkan juga sememangnya juga menjadi kewajiban kepada manusia yang berada di muka bumi ini, juga WAJIB mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pemerintahnya, ALLAH SWT.

Jangan kita hanya kesal dan menggesa diambil tindakan kepada orang atau mana-mana NGO yang mempertikaikan fatwa tersebut sedangkan kita berdiam diri apabila ARAHAN Allah SWT di dalam KitabNya dipertikaikan dan diperlekehkan.

quranDidalam perundangan Islam, Asas pembentukannya berdasarkan kepada Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qias. Ini bermakna Al-Qur’an itu adalah ibu kepada Hadis, Ijmak dan Qias. Sebelum kita mengguna pakai yang tiga itu, Al-Qur’an lah yang menjadi rujukan pertama kita.

Persoalannya adakah Pemerintah negara kita ini menjadikan Al-Qur’an sebagai sumber utama pemerintahannya? Adakah Al-Qur’an kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang yang diamalkan sekarang ini?

Sesungguhnya, apabila tuntutan al-Qur’an itu sudah diabaikan oleh kerajaan atau manusia yang bukannya sekadar rakyat tetapi berstatuskan hamba kepada ALlah SWT MAKA tidakkah ianya suatu pencabulan dan pengingkaran terhadap arahanNya? Ianya lebih teruk dari mempertikaikan FATWA.

Kita biasa dengar dan membaca, bukan sedikit ucapan dan perlakuan pemimpin yang memimpin negara ini bertentangan dengan arahan Allah SWT. Kenapa tiada teguran dari Majlis Fatwa Kebangsaan? Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mencadangkan kepada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah sosial yang semakin parah sekarang ini berpandukan kepada hukum Al-Qur’an? Bukannya dibuat secara juz’i tetapi perlu kepada kesyumulannya.

Cuba kita fikir sejenak, kenapa undang-undang negara yang ada sekarang ini tidak mampu menangani jenayah, sosial dan kekeluargaan secara berkesan bahkan gagal. Kenapa apabila disebut sahaja pelaksanaan Hudud atau Qisas maka semua orang merasa takut dan menentang pelaksanaannya. Ini kerana perundangan sekular tidak ada “roh” atau “semangat” tidak seperti perundangan Islam. Orang tidak takut dengan hukuman bunuh yang dilaksanakan oleh undang-undang sekular tetapi takut apabila potong tangan kepada pesalah yang mencuri. Hukum mati orang tidak takut tetapi hukum potong tangan orang takut!!!

JENAYAH INDEKS 2005-2006

JENAYAH KEKERASAN

2005

2006

Jumlah Kes

Kes Selesai

Jumlah Kes

Kes Selesai

BUNUH

497

328

604

385

CUBA BUNUH

94

75

*

*

ROGOL

1,887

1,769

2,435

2,238

CABUL KEHORMATAN

*

*

2,023

1,646

SAMUN BERKAWAN BERSENJATA API

40

7

68

18

SAMUN BERKAWAN TANPA SENJATA API

1842

774

2,658

1,043

SAMUN BERSENJATA API

317

59

247

44

SAMUN TANPA SENJATA API

13,210

6,474

18,446

7,878

PEMERASAN

*

*

1,549

1,020

UGUTAN JENAYAH

*

*

6,336

4,972

MERUSUH

*

*

2,261

1,627

MENCEDERAKAN

4,246

3,546

5,716

4,582

JUMLAH

22,133

13,032

42,343

25,453

CURI

34,317

19,626

37,128

20,099

CURI VAN/LORI/JENTERA BERAT

5,507

1,667

6,328

587

CURI MOTOKAR

9,711

4,532

11,101

2,935

CURI MOTOSIKAL

51,709

22,448

64,858

10,330

CURI RAGUT

9,617

5,325

9,551

4,264

PECAH RUMAH SIANG HARI

6,923

2,653

8,253

2,749

PECAH RUMAH MALAM HARI

17,542

7,001

19,060

6,864

JUMLAH

135,326

63,252

156,279

47,828

JUMLAH JENAYAH INDEKS

157,459

76,284

198,622

73,28

Buktinya tidak takut penjenayah ini terhadap sistem perundangan sekular ialah boleh dikatakan semua bentuk amalan jenayah di negara ini meningkat dari setahun ke setahun. Tiap-tiap hari berita mengenai jenayah memenuhi dada-dada akhbar perdana kita. Tidak ada titik noktahnya. Oleh yang demikian kenapa kita masih mempertahankan undang-undang sekular yang bukan amalan kepada orang yang mengaku dia seorang ISLAM.

Penganut bukan Islam perlu berfikir secara bijak bukan berdasarkan kepada sentimen kaum atau agama. Apakah kita tidak suka kepada keamanan dan keselamatan? Apakah anda sudah selesa dengan tahap keselamatan dari perlakuan jenayah di sekeliling kita? Sudah tentu anda akan mengaku tidak memuaskan dan perlu kepada memperketatkan atau beratkan lagi hukumannya. Selama ini anda hanya makan ayam goreng biasa sahaja dan belum lagi makan di KFC(contohnya), anda sudah membuat hukuman bahawa ayam goreng biasa lebih sedap dari ayam KFC – betulkah tanggapan sebegitu?

Anda telah menghukumkan dengan akal yang terbatas itu bahawa undang-undang Islam adalah zalim sedangkan anda belumpun lagi berada dalam kawalannya. Apa makna zalim kepada anda? Apakah menghukum potong tangan kepada orang yang mencuri, merompak harta anda yang anda siang malam bersusah payah mencarinya itu dianggap zalim? Apabila terjadi kepada anda, bukan sahaja potong tangan bahkan bunuhpun anda bersetuju kerana kehilangan harta. nah! sekarang tolong fikirkan secara waras.

Kita tidak perlu takut kepada undang-undang Islam sekiranya kita bukan penjenayah. Dan apa perlunya kita menentang undang-undang itu sedangkan undang-undang Islam adalah untuk mencegah dan menyelamatkan manusia.

Percayalah! apabila pelaksanaan undang-undang Islam, sememangnya manusia akan merasa takut untuk melakukan jenayah kerana perundangan itu ada “roh” yang menghidupkannya. Juga, apabila kita melaksanakan tuntutan Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menolongnya. Apakah kita tidak mahu kepada pertolongan Allah SWT?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: