Posted by: manjanik | November 24, 2008

Exco Rasuah Puteri RM500, Datuk Aziz Shamsudin Terlibat

MENARIK di akhbar Berita Harian, seorang Exco Kerajaan BN Negeri Sembilan disiasat oleh BPR kerana telah merasuah seorang Ketua Puteri sebuah bahagian sebanyak RM500 bagi tujuan supaya Ketua Puteri tersebut membuat laporan bahawa pencabarnya terbabit dengan politik wang.

Sebelum ini, pada 2 September lalu, Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas dua tuduhan merasuah seorang ketua Umno cawangan sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai ketua Umno bahagian itu.

Inilah Umno, sudahlah perasuah ditambah lagi mengfitnah. sekiranya sesama sendiripun sampai merasuah dan mengfitnah maka tiada alasan mereka ini tidak merasuah dan mengfitnah apabila melibatkan pertandingan dalam pilihanraya. Apatah lagi lawan mereka sudah pasti bukan dari kalangan mereka sendiri.

Dalam akhbar yang sama BPR juga turut menyiasat tiga orang puteri Umno di Bahagian Bahau. Salah seorang dari puteri tersebut menyebut bahawa beliau juga mendapat wang dari Datuk Aziz Shamsuddin tetapi tidak dihiraukan oleh BPR. Kenapa? Ada siasatan terpilih ke?

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, mahu tindakan tegas diambil bagi memastikan Umno tidak berkubur akibat rasuah politik. “Saya ada menerima aduan beberapa pengadu kecewa kerana laporan yang dibuat, terutama kepada BPR tidak diambil tindakan akibat sekatan dan arahan pihak tertentu,” katanya.

Bila kita dakwa BPR pilih bulu, mereka menafikannya. Ini UMNO sendiri yang mendakwa BPR mengikut telunjuk orang-orang tertentu, macamana?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: