Posted by: manjanik | November 21, 2008

Petani Tertipu KADA Mungkiri Janji

MANGSA… Seramai 20 orang petani yang mengusahakan ubi kayu kasava kesal dengan sikap Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA) yang memungkiri janji untuk membeli balik hasil mereka. Ubi kayu yang mereka usahakan di kawasan seluas 4 hektar sudah boleh dituai tetapi malangnya KADA tidak mengambil apa-apa tindakan menyebabkan mereka kerugian lebih RM150,000.

Mereka berjaya menanam ubi tapi KADA memungkiri janji...kesiannn

Mereka berjaya menanam ubi tetapi KADA memungkiri janji...kesiannn

Kebanyakan pengusahanya adalah dari kalangan rakyat yang berpendapatan rendah di sekitar Kampung Sakar Sungai, Jejulok, Tendong dan Atas Pinggir Pasir Mas. Walaupun projek ini dibiayai KADA namun petani terpaksa menanggung kos sewa tanah yang tinggi dan perbelanjaan yang lainnya.

Menurut Mohamad Awang, 74, “KADA berjanji membeli dengan harga 50 sen sekilogram dan sekiranya diambil kira dengan keluasan yang kami usahakan, adalah dianggarkan kami mendapat RM15,000 sekali tuai”.

Manakala Mustafa Muhamad, 61, mendakwa mereka sudah membuat aduan kepada KADA namun agensi tersebut mengambil sikap “lepas tangan” dan tidak mahu bertanggungjawab berhubung dengan pampasan yang mereka tuntut.

Mustafa memberitahu bahawa ada pihak-pihak lain yang ingin membeli hasil tanaman mereka, tetapi mereka tidak boleh menjualnya kerana terikat dengan KADA. “Ubi itu pula tidak boleh dimakan, hanya boleh dibuat polisterin dan makanan ternakan sahaja”, tambah beliau.

Mereka merayu KADA supaya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin kerana sekarang ini musim tengkujuh yang boleh memusnahkan sama sekali apa yang telah mereka usahakan selama 17 bulan.

Tan Seri Annuar Musa sepatutnya peka dengan apa yang dihadapi oleh petani yang miskin ini. Jangan jadikan mereka sebagai bahan “research” dalam dunia pertanian. Kalau sudah berjanji sepatutnyalah ditepati. Kalaulah agensi yang beliau sendiri kendalikan tidak mampu untuk menunaikan janji maka apa jaminan sekiranya beliau menjadi pemerintah negeri? Ataupun projek ubi kayu ini hanya projek pilihanraya sahaja sebagaimana projek Takaful Merdeka?

Kesihanilah mereka yang terlibat itu. Takkanlah KADA tidak ada duit sekarang ini. Apapun alasannya, KADA mesti bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan TIPU rakyat lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: