Posted by: manjanik | November 19, 2008

Demontrasi Bogel : Lebih teruk daripada lembu sama seperti monyet-TGNA

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang menganjurkan demonstrasi berbogel sebagai tidak bertamadun dan lebih buruk daripada binatang.

Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan seumpama itu bercanggah dengan sifat orang Islam dan mereka yang melakukan tindakan itu sudah hilang naluri kemanusiaan dalam diri mereka.

Bahkan, katanya, bagi orang Islam untuk masuk ke dalam tandas, yang tiada siapa melihat ketika berbogel bersendirian, Islam tetap meminta umatnya menjadikan amalan membacakan doa supaya dijauhi daripada syaitan.

“Binatang seperti lembu pun, walaupun dia telanjang bulat, Tuhan ciptakan ekor untuk tutup kemaluannya daripada dilihat inikan kita manusia yang dianugerahkan akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kerana membantah kenaikan sewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata pihaknya membantah kenaikan sewa itu dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak Reformis supaya mengambil pendekatan yang lebih baik dan rasional dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Beliau berkata cara demonstrasi berbogel itu bukannya cara manusia menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada cara binatang atau “monyet”.

BERNAMA

MANJANIK: Di zaman Islam Hadhari ni nampaknya manusia makin teruk. Hanya orang gila yang sangat-sangat gila saja yang berbogel. Kalau gila sikit-sikit mereka masih malu nak berbogel. Ini yang masih waras mahu berbogel hanya kerana sewa rumah naik. Kalau berbogel juga maka samalah mereka dengan orang-orang kafir di negara-negara Barat yang menjadikan amalan harian mereka dengan berbogel.

Masih ingat lagi apabila Menteri Besar Kelantan mahu membuat perubahan dalam soal penjualan arak. Beliau mahu penyusunan semula berdasarkan kepada keperluan orang yang mahu minum arak di kedai-kedai atau di rumah mereka. Maka MCA telah mengancam untuk menganjurkan PESTA MINUM ARAK sebagai tanda bantahan mereka.

Tok Guru Menteri Besar hanya berkata “Silalah minum biar pecah perut tuu..” sebagai menyahut cabaran dari penganjur minum arak. Akhirnya cadangan tersebut gagal dan tiada siapa yang mahu melakukannya.

KINI melayu pula yang nak berbogel. Mungkin mereka ni Melayu Baru atau Melayu DEB atau Melayu subsidi?. Orang Kelantan kata “buatlah kalu muka mu dok punggung gak”.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: