Posted by: manjanik | November 15, 2008

Najib Kata Kelantan Sakit, Tg Adnan Kata UMNO Yang Sakit

Masih segar dalam ingatan kita, bila Datuk Seri Najib Tun Razak datang berkempen ke Kelantan menjelang PRU 13 lalu, antara ungkapan ceramahnya adalah, “Kelantan perlu dirawat kerana Kelantan sedang sakit”.

Tiba-tiba dengan takdir Allah SWT hari ini, Setiausaha Agung UMNO sendiri mengakui “UMNO sekarang sedang sakit, parti saya sakit”.

Semua orang tahu apa sakit UMNO sekarang. Mungkin UMNO sakit kerana sudah tua. Penyakit pula sudah bersarang terlalu lama. Anak-anak pula pelbagai kerenah.

Dr yang merawat UMNOpun turut sama mengakui sakit UMNO semakin parah. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata “Umno menjadi semakin parah”.

Oleh itu adalah lebih baik mulai sekarang rakyat berfikir untuk meninggalkan UMNO. Carilah parti yang lebih baik daripada UMNO. Jauhilah parti yang berpenyakit itu demi masa depan anak cucu kita. Marilah kita bersama membina kehidupan yang lebih baik bersama parti yang hala tujunya bukan dunia semata-mata akan tetapi yang mengambil kira juga soal akhirat.

Fikir-fikirkanlah dan jangan tunggu lagi…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: