Posted by: manjanik | November 14, 2008

Jamaludin Jarjis “serang” Imam

KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan “amukan” Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada “sakit hati” terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal “Keadilan Dalam Islam”.

Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. “Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam” katanya.

Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. “Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan” katanya.

JJ memang "pencinta wanita" hatta gunting rambut dan janggutpun mesti wanita..

JJ memang

Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab “Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”.

Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata “Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah”. Lalu Ustaz Suhaimi menyahut “Jika Dato’ fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato’ baca khutbah minggu depan” .

Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid. Mungkin cabar itu dibuat bagi “membelasah” Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar.

Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata “Elok kita berbicara dalam masjid Dato’.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar”. Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan “geram” dan “penuh emosi” diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya.

Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.

Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali.

JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes “Raba Punggung” di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini. Naman beliau juga dikaitkan dengan kes “Norrita Samsuddin” hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan “tiada pembunuh sebenar”.

Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa ” terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu”. Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini.

Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian “rumah Allah”. Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu.

Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

MANJANIK: Aku kenal sangat dengan makhluk nii.. dan rasanya si Noraini Ahmad Ketua Puteri UMNO tu lagi arif dan berpengalaman tentang perilaku  JJ ni.

http://www.pahangdaily.co.cc/

Penjelasan sebenar oleh Ustaz Suhaimi Saad;

Isi Khutbah saya:

  • Dimulakan dengan surah Hud ayat, Allah melarang cenderung hati pada orang-orang yang zalim.
  • Lawan kepada zalim adalah adil. Islam sangat menjungjung prinsip keadilan. Manusia dilarang melakukan kezaliman sekalipun pada seekor anjing.
  • Prinsip keadilan, seseorang iti mesti dibuktikan bersalah dan dia mesti diberi peluang untuk membela diri
  • ISA adalah akta yang menyalahi prinsip keadilan dalam Islam
  • Sudahlah ketua keluarga ditahan sehingga ada dikalangan mereka yg didakwa sebagai JI hampir mencecah 8 tahun, anak dan isteri hidup dengan kedaifan. Mereka diganggu oleh orang tentu.
  • Dibelenggu kemiskinan akibat hilang ketua keluarga hingga ada yang tercicir persekolahan
  • Allah menunjukan keadilan… sejahat mana manusia ia tak terus dihumban ke neraka sebaliknya ia dibicarakan di Padang Mahsyar terlebih dahulu
  • Sejarah ISA. Diluluskan di parlimen pada 1 ogos 1960. Wujud dengan tujuan menghadapi ancaman komunis dan subersif
  • Tun Abd Razak ketika membentang akta itu menyebut masih terdapat 583 saki baki komunis. Beliau memberi jaminan, ISA akan digunakan dengan berhati hati bagi mengelak ia disalahgunakan
  • Tun Razak berkata apabila kita bebas dari ancaman ini, Parlimen boleh membuat resolusi membatalkannya pada bila-bila masa.
  • Hari ini ISA digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis sosial , pengkritik kerajaan dan ahli politik pembangkang
  • Penyokong ISA memberi alasan, Amerika pun ada kem Guantánamo.
  • Kenapa merujuk kepada negara kafir. Islam ada prinsip keadilanya yg tersendiri.
  • Kini Presiden Baru Amerika Barack Omaba mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita.

Saya tutup Khutbah dengan membuat perbandingan

  • Negara zionis Israel juga punya akta seumpama ini iaitu Mitary order 378.
  • Bezanya Mitary order 378 penahanan Awal 8 hari. Selepas 8 hari boleh dapat khidmat peguam
  • Malaysia tahan awal 60 hari, khidmat peguam di nafikan
  • Pihak berkuasa zionis akan membuat tahanan lanjutan selama 6 bulan,
  • Negara kita tahanan lanjutannya 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun + 2 tahun.
  • Bandingkan tempoh tahanan negara pengganas zionis dengan negara yg kita isytiharkan sebagai negara Islam
  • Saya stop setakat maklumat perbandingan itu. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL . Ada komen pengunjung nakal dalam Pahang daily yang mengunakan nama Anonymous mengatakan saya melafazkan ayat itu. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu.

Baca dan fikir serta nilailah sendiri dimana salahnya khutbah Ustaz Suhaimi….

Advertisement

Respon

  1. hahaha..panas telinga dengar yang haq,nak kata bodo dah besar

  2. En. Suhaimi Saad, berfikirlah dengan matang.. anda sudah dewasa, jgnla pemikiran masih dangkal.. Islam tu bkn utk diperdagangkan utk kuasa… Perbuatan yg baik lahir dr hati yg bersih.. org yg buruk sangka dan suka memfitnah mempunyai hati yg kotor.. dalam Islam, bkn skadar hbgn dgn Allah ttp ada hubungan sesama manusia.. Jgnlah anda takbur dan bongkak.. berlindunglah dgn Allah dr syaitan yg direjam.. AMIN


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: