Posted by: manjanik | November 13, 2008

JOM KITA FIKIR SEKEJAP, KENAPA……?

Saya rasa terpanggil untuk mengajak rakan-rakan semua berfikir sekejap. Sebelum itu saya berterima kasih di atas sokongan kawan-kawan semua yang sering mengunjungi dan memperpanjangkan lagi blog ini kepada rakan-rakan yang lain dan rakan-rakan-rakan yang lain memperlebarkan lagi kepada rakan-rakan-rakan-rakan yang lain.

Mari kita sama-sama berfikir KENAPA???Lightbulb Idea

1. BILA UMNO sampai masa untuk bertanding@ada pertandingan MAKA rasuah politik tidak boleh mereka pisahkan. Riuh pasal UMNO dan rasuah politik, pasal fitnah mengfitnah, pasal pergaduhan dan pasal report mereport sesama sendiri.

2. BILA UMNO terlibat dengan rasuah politik MAKA pemimpin UMNO tidak membenarkan BPR menyiasat kes-kes tersebut dan mereka menganggap jenayah tersebut hanya dalaman UMNO dan hanya UMNO yang boleh selesaikan. Seolah-olah rasuah politik amalan UMNO adalah halal dan rasuah lain-lainnya adalah haram.

3. KENAPA ahli-ahli UMNO berebut hendak menjadi pemimpin tidak kira di peringkat mana sekalipun. Sanggup berhabisan wang untuk hanya ingin menjadi perwakilan(G7) ke Persidangan di Kuala Lumpur. Sanggup mengharamkan cawangan yang mereka tubuh hanya kerana alasan tidak menyokong mereka.

4. KENAPA parti-parti kompenan seperti MCA, Gerakan dan MIC tidaklah seteruk UMNO dalam pemilihan mereka walaupun tidak dinafikan ada juga aktiviti-aktiviti tersebut. Adakah mereka lebih baik dari UMNO.

5. MENGAPA ahli UMNO suka sangat mendesak pemimpin-pemimpin mereka berundur dan sentiasa melanggar etika yang mereka sendiri ciptakan.

6. APAKAH jaminan UMNO bahawa apa yang mereka lakukan(Rasuah politik) sesama mereka tidak akan berlaku semasa pilihanraya.

7. KENAPA apabila Tun Dr Mahathir@mana-mana pemimpin BN mengkritik UMNO dan pemimpinnya MAKA adalah individu yang mengulasnya bahawa itu adalah pandangan peribadi mereka sahaja.

8. KENAPA Rafidah Aziz masih mahu mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO selepas persidangan sedangkan masa yang tinggal untuk beliau menyerahkan kuasa kepada Shahrizat hanya 3 bulan sahaja.

9. KENAPA Khairy dan Khir Toyo mahu perdebatan diadakan sedangkan Mukhriz tidak mahu.

10. KENAPA Pak Lah nekad mahu melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri kepada Najib.

11. KENAPA Raja Petra Kamaruddin dibebaskan sedangkan tahanan ISA lain juga mempunyai kes penahanan yang sama seperti beliau.

12.KENAPA ramai yang tidak begitu suka dengan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor?

13. Banyak lagi KENAPA.. dan fikirlah sendiri.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: