Posted by: manjanik | November 8, 2008

Tiada tempat pengamal politik wang: Najib kata kat diri sendiri

UTUSAN MALAYSIA dengan tajuk berita “Tiada tempat bagi pengamal politik wang” kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak lupa juga suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor penggemar bintang-bintang bollywood, acara-acara nyanyian dan tarian pocho-pocho.

Amaran Najib ini ditujukan kepada pengamal politik wang atau perasuah politik. Mungkin ramai yang pernah “berurusan” dengan beliau semasa berlakunya pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden suatu ketika dahulu, tersenyum penuh dengan maknanya.

Saya cuma nak mengingatkan bakal Perdana Menteri kita tentang suatu peristiwa semasa beliau bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Dalam pertandingan tersebut beliau mahukan undi tertinggi berbanding dengan calon-calon yang lain. Hasrat itu telah disampaikan kepada kesemua pelobinya.

Cuba Datuk Seri ingat dimana 6 orang perwakilan dari Kemaman yang jelas tidak mahu mengundi Datuk. Mereka ada masalah dengan Datuk. Tak tahulah pula apa masalahnya, Mungkin mengenai projek-projek yang mereka minta tapi tidak ditunai oleh Datuk.

Maka melalui pelobi-pelobi Datuk yang berkeliaran  disegenap penjuru alam, telah memberitahu bahawa sekiranya Datuk sendiri menelefon, mereka akan datang berjumpa Datuk. Sebagaimana yang telah di atur susun oleh pelobi Datuk, maka benarlah apa yang telah diberitahu kepada Datuk. Mereka bersetuju bertemu dengan Datuk.

Sebagaimana yang dijanjikan beberapa orang dari kalangan mereka datang dan berjumpa dengan Datuk sendiri. Selepas keluar dari bilik Datuk, muka mereka berseri-seri dengan “kijang” di dalam pokek masing-masing. Tak payahlah saya sebut berapa jumlahnya, tetapi banyaklah juga.

Hatta pelobi Datukpun dapat juga melalui Setpol Datuk sekarang yang sudahpun menjawat jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Tahniah!

Persoalannya Datuk, apakah Datuk juga tidak boleh diberi tempat di dalam UMNO kerana turut menjadi pengamal politik wang? Itu baru satu kes yang saya buka. Saksi-saksinyapun masih tak mati lagi. Orang yang ambilpun tak mati lagi.

Saja-saja usik Datuk tapi Pak Lah kenalah beri perhatian sikit. Sememangnyalah orang yang menang tanpa bertanding tak perlu bagi sesenpun kepada perwakilan tapi bagi yang bertanding macamana? Kalau ada masalah lebih baik Pak Lah pegang dulu jawatan tuu… Sah Khairy bersetuju….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: