Posted by: manjanik | November 8, 2008

RM40j Wang PPRT lesap : Siapa bersalah?

ALHAMDULILLAH, semua orang yang didakwa terlibat dengan kehilangan RM40j duit PPRT telah didapati tidak bersalah. Dengan kata lain mereka tidak terlibat dengan kehilangan tersebut.

Annuar Musa yang menjadi menteri pada masa kehilangan itupun tidak bersalah. Ooi Kee Siang kawan yang baik hati menjual kereta Mercedes kepada Annuarpun tidak bersalah dan masih hilang lagi sampai kini.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Alwi Said, bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mohd. Arif Abu Bakarpun tidak bersalah juga.

Dan akhirnya, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Abdul Aziz Mohamad yang telah dijatuhi sabitan hukuman penjara 5 tahunpun juga tidak bersalah dan kini telah dibebaskan.

Pendek kata, tiada seorangpun yang bersalah melesapkan duit sebanyak RM40j itu. Jadi siapakah yang melesapkannya?. Hantu mana?. Toyol mana? Atau ada orang yang pandai main tarik duit.

Sebenarnya, yang bersalah dalam hal ini adalah rakyat. Rakyatlah yang telah mencuri duit PPRT itu. Pemimpin dan pegawai tidak akan memakan harta yang tidak betul dan tidak benar itu. Jangan salahkan dan menuduh mereka. Tak baik.

Takkanlah Datuk Annuar Musa sampai hati mengambil duit yang diperuntukan untuk rakyat. Harta beliaupun tak habis nak makan banyaknya. Takkan nak ambil duit RM40j yang sekecil itu bagi beliau.Mustahil!

Para pegawaipun sudah tentu berpegang kepada prinsip bersih cekap dan amanah dalam menjalankan tugas. Jauh sekali kalau mereka nak mengsonglapkan duit itu. Juga tidak mungkin!

Apa yang tentunya, apabila semua orang tidak terbabit dengan kehilangan wang itu, maka sudah tentulah rakyat yang miskin itulah yang bersalah. Apakah salah rakyat yang miskin papa kedana itu?

Salahnya kerana mereka tidak pandai mengsonglap duit sebanyak itu. Salahnya kerana dengan diberi RM5 dalam Surah Yasin “kamu sudah buta hati dan gelap mata”. Orang lain dapat RM40j kamu dapat RM4. Oleh itu undilah BN lagi. Sokonglah UMNO lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: