Posted by: manjanik | November 8, 2008

900 aduan Umno rasuah, AS59.97 harga minyak setong

MASYAALLAH apa ni UMNO? Sampai lebih 900 aduan rasuah politik. Boleh masuk Malaysian Book of Records ni. Mana pergi BPR? Takkan senyap kot. Ada beza-beza ke rasuah ni? Rasuah politik tak boleh siasat dan ambil tindakan ke? Oooo macam tu rupanya.

Inilah Malaysia negaraku. Rakyat pening dengan sistem pentadbiran negara. Sudah ada rasuah halal dan  rasuah haram. Kalau politik wang mungkin itu rasuah halal dan tidak boleh BPR siasat kerana UMNO kata itu kes dalaman. Walaupun melibatkan berjuta ringgit sebagaimana yang Ku Li dakwa hanya UMNO sahaja yang boleh ambil tindakan. BPR tiada kuasa dan tiada hak.

Berbaju putih itu ahli Umno yang menyogok calun PAS di DUN pasir Raja semasa PRU11 dahulu. Duitpun ada bersama. Sudah lapor kepada BPR tapi tiada tindakan. Apa macam?

Ini ahli Umno yang menyogok calun PAS di DUN pasir Raja ketika PRU11 dahulu. Duitpun ada bersama. Sudah lapor kepada BPR tapi tiada tindakan. Apa macam?

Lainlah kalau orang awam ada merasuah sesen dua, maka itu dianggap rasuah haram. jelasnya, apabila melibatkan pemimpin UMNO dan parti UMNO maka ianya halal.

Apakah rakyat tidak boleh berfikir lagi betapa jijiknya UMNO? Tolong fikirlah sekejap demi masa depan anak cucu kita. Jangan dibudayakan amalan ini sebagai suatu tradisi. Api neraka tidak mengenal siapa – UMNOkah atau orang yang menyokongnyakah?

Selamat bersidang sebelum Allah “persidangkan” kita semua.

MINYAK OH MINYAK semakin hari semakin turun walaupun harga barang masih tetap dipersada mahalnya. Kita lihat betapa liatnya kerajaan untuk menurunkan harga minyak walaupun harganya semakin menjunam. Lain pula tindakan kerajaan bila harga mencanak naik. DISEGERAKAN kenaikannya…

Hari ini minyak turun di bawah paras AS60 setong. dengan penurunan ini bukan sahaja kenaikan 70 sen itu boleh dimansuhkan bahkan yang 30 sen dulupun boleh dihapuskan. Balik kepada harga asal. Itupun kalau kerajaan nak tolong rakyat.

Dari rakyat kepada rakyat, tradisi membela rakyat itukan slogan UMNO/BN. Kita jangan bimbang sebab Datuk Shahrir Abdul Samad telah memberi jaminan sekiranya harga minyak turun lagi maka kerajaan akan turunkan juga. Kita tunggu dan lihat tapi jangan tak isi minyak kereta nanti tunggu-tunggu tak gugur.

Berdoalah kita…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: