Posted by: manjanik | November 7, 2008

TAKAFUL MERDEKA UMNO KELANTAN DITAMATKAN

“Kami tidak akan memproses sebarang tuntutan yang diterima selepas 31 Disember 2008. Pada masa sama, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak akan memperbaharui skim takaful ini bagi tahun seterusnya”. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi,Saluran Pemasaran Alternatif BSN Takaful.

Kenyataan ini dipetik dari sumber berita Sinar Harian 7 Nov 2007.

Skim perlindungan insurans Takaful Merdeka yang diperkenalkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan telahpun ditamatkan pada bulan September lalu. Ianya khusus diberi kepada ahli-ahli UMNO yang tujuan sebenarnya adalah untuk menyekat mereka dari menerima SkimTakaful Kifaalah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Semasa membahaskan ucapan bajet 2007 yang lalu, Ketua Pembangkang semasa itu, Datuk Seri Annuar Musa telah memperlekehkan Skim Kifaalah dengan macam-macam tuduhan liar yang tidak berasas. Antara nada yang diucapkan beliau semasa berceramah ialah;

“Sekarang, PAS sedang buat sistem Takaful Kifalah untuk rakyat berumur 60 tahun ke atas. PAS guna wang kerajaan negeri untuk berniaga nyawa si warga emas demi untuk memanjangkan hayat politiknya. Bila pencarum meninggal dunia, kerajaan negeri bayar kepada waris si mati. Semasa warga emas hidup, PAS tidak memberi bantuan, tetapi bila mati baru hendak dibantu. Lagipun, wang pampasan diberi kepada waris si mati. Ini bermakna warga emas tidak mendapat apa-apa faedah dari skim ini. Yang untung cuma warisnya sahaja. Lainlah dengan UMNO/BN yang membantu warga emas semasa mereka masih hidup. Kalau macam ni, buat apa PAS perlu kekal di Kelantan?”

Walau bagaimanapun, akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan mewujudkan Takaful Merdeka dan memberi tawaran kepada ahli UMNO supaya menyertainya. Apa yang jelas tujuan sebenarnya hanya untuk kepentingan pilihanraya pada masa itu semata-mata. BUKTInya skim itu kini telah ditamatkan.

Skim Takaful Kifaalah sekarang telah disertai oleh lebih dari 100 ribu orang rakyat Kelantan yang layak menerimanya. Walaupun menghadapi kesukaran untuk membiayainya, akan tetapi Kerajaan Kelantan tetap meneruskan skim kebajikan untuk rakyatnya.

Di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa skim Kifaalah akan tetap diteruskan dengan sedikit penyelarasan kepada pelan takaful tersebut. Menurut beliau “Kerajaan

Husam sampaikan bantuan kifalah kepada kaum Cina

Husam sampaikan bantuan kifalah kepada kaum Cina

Negeri Kelantan mengalami kerugian sebanyak RM8.495 juta menerusi Skim insuran Takaful Kifaalah bagi warga emas. Ianya adalah berpunca berikutan unjuran kematian bagi warga emas meningkat sebanyak dua peratus”.

“Sebelum skim itu diperkenalkan kita telah membuat kajian pada 2007 dan 2008 bahawa unjuran kematian adalah dua peratus. Bagaimanapun ajal dan maut di tangan Tuhan, disebabkan itu unjuran kematian pada dua tahun itu meningkat kepada empat peratus, iaitu peningkatan sebanyak dua peratus,” katanya.

Skim ini telah mendapat sokongan ramai rakyat Kelantan bahkan kini Selangor, Perak dan Kedah sedang mengkaji untuk melaksanakannya.

Kini terbukti bahawa UMNO Kelantanlah yang menggula-gulakan rakyat hanya kerana hendak menghadapi pilihanraya. habis pilihanraya janji-janji mereka entah di mana. Ahli-ahli UMNO dan sekutunya sahajalah yang “memakan penipu” pemimpin mereka. Di mana Annuar Musa dan Bakal Menteri Besar, Awang Adek sekarang? Sudah tak bunyi kabar berita lagi….?

Pencarum Skim Takaful Merdeka berputih mata. Jangan putus asa. Percayalah lagi kepada UMNO tuu..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: