Posted by: manjanik | November 4, 2008

Antara Hina Melayu Dan Hina Islam

GEGER RIUH bila Datuk Zaid Ibrahim mendakwa konsep ketuanan melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada semua kaum malah menyifatkan konsep itu menyebabkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dalam menangani isu sebenar negara.

Rata-rata pimpinan melayu umno (semasa saya di Sabah baru-baru ini, akhbar Borneo menyiarkan berita tentang ahli Umno yang beragama Kristian sudah seramai 30% dan sudah ditubuh satu sekreteriat untuk kemasukan mereka) mendesak beliau minta maaf di atas kenyataan tersebut. Syed Hamid, Shahidan Kassim dan Mohamad Taib antaranya. Tapi Zaid enggan mohon maaf dan bersedia mempertahankan kenyataannya.

Namun tidak pula mereka ini mendesak pemimpin-pemimpin Umno yang menghina Islam. Bukan sedikit yang menghina Islam. Tun M sendiri banyak kenyataan-kenyataannya jelas menghina Islam.

Bakal Perdana Menteri sendiri pernah menghina amalan agama Islam apabila menyebut mahasiswa-mahasiswa dilanda “sindrom Qiamullail” iaitu merujuk kepada ramai pelajar-pelajar universiti pada tahun 80an dan 90an yang bangun malam untuk beribadat kepada Allah SWT.

Bagi beliau tidak sepatutnya bangun malam dan bersembahyang malam itu dilakukan oleh mahasiswa. Itulah apa yang boleh difahami.

Persoalannya kenapa penghinaan sedemikian rupa tidak diambil tindakan?. Pernah suatu ketika, Abdul Fatah Haron yang pada masa itu menjadi Ahli Parlimen Rantau Panjang telah membuat laporan polis terhadap ucapan-ucapan pemimpin Umno yang jelas menghina Islam seperti Hukum Hudud hukum lapuk, Hukum hudud ketinggalan zaman, minum arak sama dengan minum air biasa, kalau laksana hukum hudud maka habislah rakyat kudung tangan dan macam-macam lagi yang lebih kurang ada 30 perkara penghinaan tersebut.

Semuanya tidak dikenakan tindakan oleh penguasa negara ini yang dikata sebuah negara Islam tetapi membiarkan agamanya dihina. Akan tetapi apabila ada orang yang mempertikaikan sedikit pasal melayu, semua mereka melenting dan marah-marah. Ini menunjukkan bangsa melayu bagi mereka lebih penting dari pada Islam yang mereka anuti. Bagi mereka bangsa melayulah yang akan diambil kira di akhirat kelak bukannya amalan agama Islam. Itulah yang disangkakan barangkali!!

Cubalah berubah sedikit. Sekiranya kita semua yang mengaku menganut agama Islam dan menjaganya dengan baik, maka sudah pastu “melayu” itu dengan sendiri akan menjadi baik. Islam yang menyelamat manusia bukannya bangsa.

Atas nama bangsa tidak diambil kira di akhirat kelak. ISLAM sahaja yang Allah SWT janjikan samada ke Syurga atau ke Neraka.

Jadi, fikir dan pilihlah mana yang manusia suka….


Responses

  1. Ini semua angkara puak yang tidak peka dengan Islam. Puak ja…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: