Posted by: manjanik | Oktober 23, 2008

Status ISA: Adakan Pungutan Suara

Pelikkk…pelikk..pelik… Ditengah-tengah laungan dan pekikan rakyat tidak mahukan Akta zalim, ISA diteruskan tiba-tiba Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata “Bagaimana anda boleh mewujudkan keadaan yang seimbang dalam usaha memastikan setiap orang rasa selamat. Orang mengatakan bahawa akan tiba masa di mana orang ramai mahukan pemansuhan total ISA dan undang-undang pencegahan.

“Jika demikian (keadaan), anda lakukannya ketika itu. Tetapi pada masa ini, kami merasakan bahawa majoriti rakyat merasakan masih wujud keperluan mempunyai satu undang-undang preventif,”.Mstar.

Maksudnya, majoriti rakyat masih mahukan akta itu. Benarkah begitu? Bagaimana dengan Ahli-Ahli Parlimen Umno/BN sendiri juga tidak mahukannya? Bantahan dari parti MCA, Gerakan, MIC, rakan-rakan kongsi parti BN di Sabah dan Sarawak, bagaimana? NGO bagaimana? Parti-Parti Pembangkang juga sudah tentu bantah, bagaimana?

Jadi amat peliklah apabila Tok Syed kita kata majoriti rakyat mahukannya. Tok Syed ukur dengan apa? Apakah tak cukup lagi dengan bantahan dan suara dari kompenan BN sendiri yang mahukan ianya dimansuhkannya? Kalau pembangkang bantah mungkinlah kita boleh kata itu memang kerja pembangkang. Ini rakan sekatil, sebantal dan seselimut Umno sendiri yang bantah.

Walau apapun dirasakan isu ini boleh ditangani dengan baik dan boleh diselesaikan jika kerajaan bersedia untuk menerima apa-apa keputusan dari rakyat. Biar rakyat yang putuskannya. bagaimana caranya? CARANYA kerajaan bersedia untuk mengadakan PUNGUTAN SUARA. Biar rakyat menentukan adakah mereka mahu ISA atau tidak.

Sebelum itu, pihak kerajaan jelaskan dahulu di media eletronik dan cetak kenapa ianya perlu di kekalkan manakala bagi yang tidak bersetuju beri peluang juga untuk menyatakan alasan ketidak setujuan mereka.

Biar kuasa rakyat yang menentukannya… Adakah anda setujuuu…???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: