Posted by: manjanik | Oktober 23, 2008

MENAKUTKAN!:50,000 pekerja kontrak kerajaan BN hilang kerja

Kalau benarlah dakwaan Presiden Cuepacs, Omar Osman bahawa musibah hilang mata pencarian yang akan melanda 50,000 orang pekerja kontrak di negara yang kita cintai ini maka tiada kata-kata yang dapat diucapkan lagi.

Persoalannya, mana janji-janji pemimpin BN yang tak lekang dek mulut dan penuh-penuh mulut berbicara soal ekonomi negara yang teguh dan tidak bergoncang walaupun ekonomi dunia gawat. “Negara tidak terkesan dengan kemeruduman ekonomi dunia”, kata TPM merangkap bakal PM. Nah! sekarang apa jadi?

Menurut Omar, alasan pemberhentian itu adalah kerana prestasi dan produktiviti pekerja. Beliau juga berkata “Mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak”.

Kalaulah seramai itu orang yang bekerja dengan kerajaan boleh diberhentikan maka tiada jaminan pihak swasta tidak akan melakukan juga. Atas nama kegawatan ekonomi, seribu satu macam alasan sudah sedia ada untuk dipilih dan diberikan kepada mangsa-mangsa yang akan diberhentikan.

Sebenarnya, Kerajaan BN yang memerintah ala kadar sekarang ini bertekad untuk menyelamatkan jawatan dan pangkat yang mereka ada sahaja. Tiada ketelusan dan keterbukaan untuk membela nasib rakyat. Pembohongan sudah menjadi sunnah mereka. “Buatlah apa sahaja asalkan kita selamat memerintah”. Nasib rakyat kita fikirkan semula.

50,000 orang tiada pembelaan dari kerajaan. Kerajaan tidak mampu membela mereka. Kerajaan hanya mampu membela pendatang tanpa izin dan izin yang kini sudah melebihi 4 juta orang. Maka benarlah pepatah melayu : “kera dihutan disusukan anak dikendong mati kebuluran”. Melayulah juga yang matinya. “kera-kera” itulah yang hidupnya. Maka bertepatanlah juga dengan slogannya “Tradisi Membela Rakyat” dan “Dari Rakyat Kepada Rakyat”.

Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, kakitangan kontrak kemas tidak akan diberhentikan. Ya lah nak berhentikan apanya, dia orang tu petugas parti Umno dan memang umnopun. Yang perlu dibela hanya orang-orang yang bekerja untuk umno je. Kakitangan sokongan biasa ni tak payah belapun. Inilah Umno habis pilihanraya rakyat dilupa.

Pooooooorahhhhhhhhhhhh…….


Responses

  1. saya dah tahu lame pekara ini..
    saya berasa bimbang dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia.. aper kerajaan sudah lakukan kepada rakyat!!!!! kebajikan rakyat!!!! saya bukan pekerja kerajaan dan bukan pekerja swasta juga.Disini saya tidak berpuas hati dengan aper yang dilakukan oleh kerajaan. kenapa kerajaan nak kekalkan pekerja yang 58 tahun lagi.. bagilah peluang anak muda yang bekorba2x baru keluar universiti untuk berkhidmat kepada kerajaan. mpritikalkan ilmu yang dipelajari selama di universiti.disini saya ingin memberi sedikit cadangan membuat penapisan kepada pekerja yang 55 tahun untuk meneruskan untuk myambungkan perkhidmatan mereka kepada 58 tahun agar segala wang yang disalurkan kepada mereka tidak sia2. saya teringat lagi janji pm.. tidak akan ader pengangguran apabila kerajaan mewartakan pekerja 58 tahun baru besara.. tapi aper dah jadi..

  2. jgn mengeluh atas apa pun musibah yg menimpa..
    teruskan berusaha! pasti kejayaan bersama² anda..amiin

  3. Saya telah mengalami nasib pemberhentian kontrak kerajaan. setelah 2 tahun berkhidmat di sebuah agensi kerajaan, kontrak saya tidak disambung. baru sahaja berkahwin 6 bulan yg lepas, isteri surirumah, pelbagai hutang kad kredit, pinjaman koperasi, sewa rumah, dan ansuran kereta. saya mengundi BN sebelum, ntahlah, gelap bila difikirkan masa depan. mungkin 2-3 bulan lagi terima saman dr bank2 kad kredit dan koperasi dan muflis.

  4. jangan beri lagi beruk-beruk ni memerintah negara ni habis di keja nya. orang melayu dipinggirkan, bodoh kite juge.
    dah tahu pemimpin (poorah) kaki rasuah semuanye,ramai juge yang sokong lagi, tengoklah anak rustam di melaka tu berduyun-duyun orang datang menyokong, ape dah jadi inilah akibatnya kalau kite kurang pegangan ugama mengaku je orang islam tapi bila pilih pemimpin tak ikut cara islam.
    Sejahat-jahat orang yahudi pun tak nak (anti) pada pemimpin mereka yang mengamalkan rasuah dan berperangai buruk, ni kite orang melayu junjung orang yang rasuah dan melakukan segala maksiat, sebelum bala musibah diturunkan oleh allah pada kite, berjaga jaga lah kite. Ingatklah ape yang terjadi di Bosnia akibat keterlupaan penduduknya meningati Allah, Allah turunkan orang orang yang ganas untuk meyembelih mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: