Posted by: manjanik | Oktober 21, 2008

BERITA HARIAN:”BIADAP, PEMUTAR BELIT DAN PENDERHAKA SULTAN

Tajuk di atas rasanya  paling sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Berita Harian 21Oktober 2008 dengan tajuk “Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan”. Sila baca beritanya. Tidak ada satupun perkataan “MURKA” yang ditulis di dalam berita itu kecuali hanya pada tajuknya sahaja. Inikah profesionalisme akhbar ini? Berita Harian telah menggunakan tajuk dengan berniat “JAHAT” dan ada unsur “PUTAR BELIT DAN PENDERHAKAAN” ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan. Tujuan berniat jahat itu sebenarnya disasarkan kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Tindakan yang biadap ini dikutip dari titah ucapan Tuanku Al-Sultan semasa merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan kali ke 3 bagi tempoh penggal pertama di Kota Darulnaim semalam.

Lain pula dengan akhbar Sinar Harian dengan tajuknya “Sultan tegur projek tergendala” yang dilaksanakan samada oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dengan Utusan Malaysia dengan tajuknya “Sultan cadang entiti baru pelancongan negeri”.

Ekoran daripada itu, ADUN Limbongan, Drs Hj Zainuddin Awang Hamat telah mengecam dan mencadangkan wartawan akhbar tersebut dikenakan halangan mengikuti sidang DUN sekiranya tidak meminta maaf.

Kenapa terlalu jakunnya wartawan dan pengarang akhbar Berita Harian ini? Apakah tuduhan dan cubaan memalukan dan membohongi apa yang telah di titahkan oleh Tuanku Al-Sultan itu ada hubungan dengan kelantangan Ku Li mengkritik pemimpin tertinggi Umno?

Walau apapun alasan, mereka tidak sepatutnya menyiarkan apa yang Sultan tidak menitahkannya. Jangan mencemarkan maruah istana dengan nafsu dan dendam kesumat mana-mana pihak. Jangan libatkan Tuanku dalam hal ini.

Sepatutnya juga, pihak akhbar Berita Harian memohon maaf KDYMM Tuanku Al-Sultan di atas apa yang mereka lakukan dengan menyelewengkan fakta sebenar. Apapun Berita Harian jangan jadi batu api dan pengfitnah dalam hal ini.

“Sultan tegur bantuan RM8 sehari rendah”, tajuk Berita Harian 22 Oktober 2008. Lain pula nadanya berita titah tuanku Al-Sultan Pahang yang dukacita dengan isu bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir. Kenapa  Berita Harian tidak memberi tajuk “Sultan Murka bantuan RM8 sehari rendah”? Inilah yang saya katakan cubaan merendah-rendahkan Sultan Kelantan dan memutar belitkan titah baginda. Jadi memang wajar pihak Berita Harian memohon maaf bukan sahaja kepada Dewan yang mulia itu tapi juga kepada Tuanku Al-Sultan Kelantan.


Responses

  1. Kiamat kecil jika suratkhabar (dibaca sebagai lidah resmi UMNo) mulai bersikap profesional dan beretika. Jika diamalkan profesionalisme didalam jurnalisme maka terpaksalah jentera ini menggigit tuan empunyanya sendiri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: