Posted by: manjanik | Oktober 19, 2008

Pak Lah Mula Bangun Dari Tidornya

Tidak ramai yang kata Pak Lah keras. Tapi ramai yang kata Pak Lah lembik. Pak Lah tidak tegas, lemah lembut, penakut, tidak konsisten, laklok, tidak ambil berat, betat(lambat) bertindak, tak cakna, takut bini, turut kata anak menantu dan macam-macam lagilah. Itu yang kita dengar semenjak beliau jadi Perdana Menteri. Kesiannn…..Dan ramai yang percaya itulah PAK LAH yang sebenar.

Tiba-tiba hari ini, Pak Lah mulai menunjukkan kejantanannya. Sudah keras. Pak Lah sudah mencabut keris dari sarungnya. Sudah menikampun. Berdarah tak berdarah itu suku pasal. Tapi Pak Lah sudah menikam. Siapa yang Pak Lah tikam? 

“Tun Mahathir ditikam Pak Lah. Pak Lah tikam Tun M. Ditikam Tun M oleh Pak Lah”. Itulah gambaran Mingguan Malaysia hari ini, “PM Bidas Mahathir”. Jarang sekali dan rasanya tidak pernah Pak Lah bidas Tun M. Tapi kali ini Pak Lah benar-benar sudah mureh/mugheh(marah) kepada Tun M. Naik angin benar orang tua tu. Mungkin naik minyak sekali???…. macam gajah naik minyak. Tapi janganlah naik minyak motokar ker motosikal ker..cukup lahhh derita yang rakyat tanggung sekarang.

Kenapa Pak Lah naik minyak? Betul kata Pak Lah, Tun M sekarang orang luar. Dia sudah keluar dari Umno. Jangan dok pandai-pandai nak arah tu arah ni kepada ahli Umno. “Kamu tu dah nyanyok, Sedarlah sikit”. itulah kot apa yang nak diluahkan oleh Pak Lah.

Tun M pun satu. Kena sedarlah kita tu dah minta keluar dari Umno. Janganlah pula gila talak. Dah bercerai tu buat la cara bercerai. Masa nak bercerai hari tu kenapa tak fikir panjang. Cerai pula talak 3. Ni yang parah niii… Pastu minta Muhyiddin “Cina Buta”kan. Apa lah Tun niii…. Habis celaru mental anak cucu Umno.

Sekarang ni Pak Lah sudah menjadi singa. Menyeringai wajah dan suara Pak Lah. Kalau ada yang masih tidak gerun dan gentar, tak taulah salah di mana menyeringai Pak Lah itu. Yang pasti Pak Lah sudah macam atau seolah-olah singa. Bekeng(bengis) dan menakutkan bagi orang-orang yang takut. Kata dua Pak Lah kepada Tun M perlu diberi perhatian oleh Umno. “Tun M lah yang telah memecah belahkan parti dan ahlinya”. “menyuruh orang itu tolak orang ini, orang ini jangan pilih orang itu, menyuruh orang itu bergaduh dengan orang ini, benci si anu, arah si ani” itulah pedasnya kata-kata Pak Lah kepada Tun M.

“Siapa dia yang nak jadi pengarah kepada Umno? Sedarlah sikit yang awak tu bukan ahli Umno lagi’ Jangan nak timbulkan huru hara dan pergolakan dalam Umno, nanti aku ISAkan kauu….baru kauuu tauuuu”. Itulah yang tersirat kottt….

Apapun Pak Lah sudah membuktikan dia seorang yang jantan… jangan main-main dengan Pak Lah lagi. Walaupun tangan dan kaki Pak Lah belum lagi naik ke muka sesiapa, tapi sekurang-kurangnya beliau sudah membuka mulutnya….MARAH-MARAH…… yang pastinya makin Pak Lah marah makin lawa pulak wajahnya… dan suara tu kena “idghamkan” atau “rockkan” sikit biar garau. Barulah betul-betul bekeng……

Rasa-rasanyalah kemarahan Pak Lah ini ada kaitannya dengan kedudukan pencalonan menantunya, Khairy Jamaluddin. Setakat ini, Mukhriz Tun M mendahului jauh menantunya. Apa yang saya nak kata… “Pak Lah bersabarlahh… jangan bimbang.. Khairy akan menang nanti…saya yakin setakat ini… Ada satu kelebihan pada Khairy yang tidak ada pada Mukhriz…. Lihatlah nanti”.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: