Posted by: manjanik | Oktober 16, 2008

Umno Kelantan Menuju Kehancuran

Segala dakwaan manis dan “sedap hati” oleh Tan Sri Annuar Hj Musa mengenai Umno Kelantan rupa-rupanya berlaku disebaliknya. Sebelum ini Nuar Musa mendakwa tidak berlakunya pertandingan merebut jawatan ketua bahagian di sembilan bahagian menunjukkan semangat kerjasama dalam UMNO dan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi UMNO di Kelantan,” .

Seminggu selepas dakwaan tersebut dibuat, macam-macam bau busuk Umno Kelantan telah keluar. Bermula dengan dakwan Setiausaha Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan, Mirza Askary Abdul Wahab bahawa jawatankuasa itu telah menerima 500 bantahan cawangan mengenai perjalanan mesyuarat.

Selepas itu berlaku kekecohan di Bahagian Rantau Panjang mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin dan

Inilah buktinya.... pemuda Rantau Panjang kecoh. Mereka bertindak agresif dan membuat kacau kerana tidak puashati dengan perjalanan mesyuarat.

Inilah buktinya.... pemuda Rantau Panjang kecoh. Mereka bertindak agresif dan membuat kacau kerana tidak puashati dengan perjalanan mesyuarat.

Tatatertib Umno Pusat menggantung Ketua Bahagiannya dan empat yang lain. Di Machang pula Pergerakan Puteri diminta bermesyuarat semula. Di Kuala Krai, tindakan bahagian mengambil tindakan gantung dan membatal mesyuarat cawangan-cawangan yang mencalonkan bekas ketua bahagiannya, Datuk Wan zaid masih dalam kelam kabut lagi. Di Pasir Mas mesyuarat Agung Wanitanya juga kecoh.

Tiba-tiba hari ini, sekali lagi Setiausaha Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan, mendedahkan bahawa beliau telah menerima sebanyak 731 bantahan dari cawangan-cawangan seluruh Kelantan. Itupun tidak termasuk bantahan dari Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Jadi, apakah “perkembangan yang baik” yang dimaksudkan oleh Nuar Musa itu adalah kekalutan, banyaknya bantahan, rasa tidak puas hati cawangan, penyelewengan pemimpin bahagian dan sebagainya? Kalau itulah maksudnya, tunggulah saat kehancuran Umno Kelantan sedikit masa lagi.

Annuar sendiripun sebenarnya sudah tawar hati terhadap apa yang berlaku di Kelantan. Sikap Timbalannya, Datuk Awang Adek sejak kalah di dalam PRU 12 dulu sampai ke hari ini mendiamkan diri. Samada beliau merasa malu kerana begitu konfiden untuk menjadi Menteri Besar atau sememangnya sudah putus asa, hanya beliau sahaja yang tahu.

Apapun, Umno Kelantan dan blog-blog yang “memalu gendang perang” sebelum ini sudah menyepi diri. Terimalah hakikat bahawa rakyat Kelantan sudah “tidak ada selera” lagi dengan Umno.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: