Kalau benarlah dakwaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Johari Baharum mengenai ada dikalangan ahli kabinet yang mulai menjauhi Pak Lah si Perdana Menteri, ia merupakan suatu yang amat menyedihkan. Seperti apa yang Datuk Jo kata, “PM belum lagi bersara maka sepatutnya beliau dihormati”.
Apalah punya anggota kabinet. Mudahnya mereka berpaling tadah, tidak hormat dan mudah lupa hanya disebabkan ketua yang mereka sanjung sebelum ini akan bersara. Datuk Jo juga mendakwa, semasa Tun Dr Mahathir akan berhenti dari jawatan PM dulu, Beginilah juga tindakan anggota dan pemimpin Umno – mereka berpaling tadah dan mulai menjauhi Tun M. Peristiwa itu kini berulang ke atas Pak Lah pula.
Mengapa mereka bersikap sebegitu? Mungkin inilah kesan dari Islam Hadhari yang diamal oleh Umno. Sikap tidak menghormati pemimpin dan menganggap mereka hanya seperti kain buruk sahaja. Kalau inilah ajarannya, maka sudah tentu Malaysia akan menghadapi suatu landaan sindrom tidak mentaati pemimpin dan orang tua sedikit masa lagi.
Anak-anak sudah berbudaya si Tanggang. Pelajar-pelajar sekolahpun sudah tidak menghormati para gurunya. Sekiranya tidak dibendung sindrom ini, sudah pasti ia akan merebak dan meruntuhkan sebuah negara yang kita sayangi ini. Dikala itu tidak ada gunanya lagi meratapi jalanan cerita Umno/BN memerintah negara ini. Jadi, mulai sekarang kita perlu berfikir secara ke depan bukan ke belakang. Umno/BN yang sudah-sudah tu sudah lah. Lupakan sahaja..
Apa yang penting kita kena berubah sebelum negara dan isinya hancur. Ke mana perubahan kita? Ke mana lagi kalau tidak ke arah yang Pencipta Alam Semesta dan isinya mahukan – ISLAM. Sebelum lahirnya dan merebaknya sikap tidak menghormati sesama sendiri, atas dasar nama manusia adalah lebih baik kita berubah segera.
Jangan sampai seperti apa yang berlaku kepada Tun dan Pak Lah, belum bersara sudah dilupa dan kita pula belum mati sudah dibawa ke kubur. Pinjam kata Nabil si Lawak King itu; luuuuu pikirlah sendiriiiiii……
dia sendiri pun belum bersara dah lupa pada kesusahan rakyat….
By: madbi on Oktober 21, 2008
at 6:38 am