Posted by: manjanik | Oktober 14, 2008

Rombongan Perusahaan Gaharu Vietnam Lawat Kelantan.

BINH NGHIA CO.,LTD dari Vietnam merupakan sebuah syarikat yang mengusahakan gaharu secara komersial sejak 30 tahun lalu. Pengarahnya, Nguyen Van Binh telah mengambil alih industri ini selepas bapanya meninggal dunia. Syarikat ini menjalankan perusahaan gaharu bermula dari memproses anak benih sehinggalah kepada menghasilkan minyak.

Kunjungan rombongan ini adalah bertujuan untuk meninjau peluang-peluang pelaburan selepas mereka tahu bawa Kelantan sedang mengusahakan penanaman pokok depu.Sebuah syarikat tempatan, Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd sedang menjalankan perusahaan ini dan telah memperolehi lebi dari 100 batang pokok depu tempatan yang telah di treatment(suntik). Menurut Pengarahnya, Haji Zaidi Abdul Rahman, syarikat mensasarkan lebih dari 1000 batang pokok depu yang ada di negeri ini akan diusahakan. Ianya berada di atas tanah yang dimiliki oleh orang-orang kampung dan sekaligus akan memberi hasil kepada mereka.

Selain daripada itu juga pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan(sawit) sedang memulakan kerja-kerja awal untuk menanam pokok depu seluas lebih dari 500 ekar.

Rombongan juga sempat mengunjungi Dato Husam Musa dirumahnya.

GAMBAR SEKITAR LAWATAN.


Advertisement

Respon

  1. salam…
    harap blog ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada rakyat malaysai tentang isu yang sebenarnya yang berlaku di kelantan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: