Posted by: manjanik | Oktober 13, 2008

Anwar bahas bajet, BBC diam membisu

PARLIMEN hari ini sedang menyaksikan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebulan yang lalu.

Anwar mempertikaikan rasionalnya perbahasan bajet sekarang ini kerana angka-angka yang dibentang dulu telah lari dan tidak tepat lagi selepas berlakunya haru biru ekonomi dunia. Beliau mencadangkan agar bajet diperbaharui dan dibentang semula.

Semasa Anwar berucap, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak hadir. Bukan itu sahaja, semua menteri dan timbalan menteri menghilangkan diri. Jadi, dimana arahan Perdana Menteri sebelum ini yang meminta supaya ahli-ahli parlimen tidak meninggalkan sidang?

Keadaan ini juga dipertikai oleh Lim Kit Siang dan beberapa ahli Dewan. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden yang terkenal dengan kelantangan, semangat dan bersedia berdebat dengan mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang nampaknya diam membisu. Hanya Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Fuad Zarkasy sahaja yang bangun mencelah.

Anwar dalam hujahnya mahu supaya kerajaan bersedia mengkaji semua pembentangan bajet yang lepas. “Angka-angka yang berbeza jauh sekarang ini akan memberi kesan yang besar ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat”, tambah beliau. Perubahan harga minyak dunia antara faktor besar yang akan menimpa rakyat. Harga minyak sudah turun mendadak dari AS148 kepada AS78 setong sesuatu yang perlu perhitungan semula oleh pihak kerajaan.

Saya masih ingat, semasa Allahyarham Dato Fadhil Mohd Nor, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Datin Seri Wan Azizah Ismail menjadi ketua pembangkang, mereka akan diserang dari segenap penjuru semasa mengambil bahagian dalam perbahasan. Berbeza pula kali ini. Kelab Penyokong Kerajaan hanya mendiamkan diri bahkan ramai yang keluar dewan tidak sanggup mendengar hujah Anwar. Sikap mereka ini juga dilihat sebagai suatu sokongan kepada Anwar.

Manakala Lim Kit Siang pula mempertikaikan kredebiliti bajet yang telah dibentang dan sedang dibahaskan. Ini kerana menurut beliau tiada sikap pertanggung jawaban oleh Perdana Menteri yang telah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib selepas membentangkannya. “Sepatutnya Najib kena bentang belanjawan baru yang lebih tepat dan betul,” kata beliau.

Parlimen berhenti rehat dan akan disambung pada jam 2 petang.

Terima kasih Panglima Wan Jo!!!

Advertisements

Responses

  1. lain maciam.
    bravo DSAI


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: