ESOK, sebuah syarikat dari Vietnam akan mengunjungi Kelantan. mereka akan bertemu dengan YB Dato Hj Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Agarwood Kelantan, yang terbabit secara langsung dengan perusahaan gaharu di negeri ini. Lawatan ini bertujuan untuk melihat peluang yang boleh mereka usaha secara bersama dengan Kelantan.
Seorang kawan saya yang juga bekas Ahli Parlimen telah mengatur susun kedatangan dan pertemuan tersebut. Beliau memaklumkan bahawa Syarikat Binh Nghia Co., Ltd telah mengusaha pokok depu secara komersial di Vietnam.
Syarikat ini telah berjaya mengusahakan gaharu bermula dari benih sehinggalah kepada pemasaran produk. Adalah diharapkan perjumpaan kedua belah pihak nanti akan menghasilkan natijah yang baik terhadap perkembangan perusahaan gaharu di negeri ini.
Tinggalkan Jawapan