Posted by: manjanik | Oktober 12, 2008

Pergerakan Puteri Umno Mula “Main Tarik-Tarik Rambut”

Kadang-kadang rasa nak tergelakpun ada. Lucupun ada. Itu kata Pak Lah semalam. Baru-baru ni Pak Lah dah bagi ingatan jangan ada lagi gaduh-gaduh ni..main baling-baling kerusi dan sebagainya semasa pemilihan berjalan. Mungkin Pak Lah tuju kata-kata tu kepada orang-orang tua di bahagian, lelaki dan wanitanya, termasuk juga pemudanya. Rasanya Pak Lah tak pula tuju kepada Puteri. Maklumlah puteri ni lemah lembut.. anak manja la pulak. Tetapi…..

Apapun itulah yang berlaku kepada Pergerakan Puteri Bukit Bintang. Penangguhan persidangan dan tiada makluman tentangnya menyebabkan berlaku kekecohan dan ada yang sampai nangis-nangis tidak puas hati. Pertengkaran berlaku antara Ketuanya, Leni Abdul Latif (kiri) dengan Lyana Mustafa yang juga exco Puteri.

Harap-harap tiadalah sampai baling-membaling, gomol mengomol, tarik-tarik rambut ker…. takut la jugak kann…

Semuanya ini tidak berlaku kalau bukan sesi pemilihan dalam Umno. Semacam sudah menjadi satu tradisi, bila masuk sahaja tahun pemilihan maka terdengarlah kepada kita, saman menyaman, report mereport, pukul memukul, baling membaling dan entah apa-apa lagilah tahun ni. Parti seperti inikah yang orang melayu menaruh harapan?

Kita bimbang juga lama kelamaan bukan itu sahaja yang menjadi tradisi, bahkan boleh jadi tikam menikam sebab Umno ada keris dan biasanya musim-musim ini keris itu akan di cabut dari sarungnya. Bahayaaaa tuuuu…..



Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: