Posted by: manjanik | Oktober 11, 2008

Melaka bagi pingat kepada penghina Islam

APA SUDAH JADI? Keputusan Kerajaan Negeri Melaka memberi pingat Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan sedang dipertikai rakyat. Mereka mempersoalkan apakah rasionalnya anugerah itu kepada Shah Rukh Khan? Apakah sudah tiada lagi orang yang membuat jasa di negeri itu dan Malaysia?

Kalaulah pingat itu khusus untuk orang seni, maka apakah sudah tiada seniman yang berjasa di negara ini? Di Melaka sendiripun masih ramai orang yang berjasa tetapi tidak dikenang jasanya. Guru-guru, pensyarah-pensyarah, pegawai polis, tentera, Ulama-Ulama, doktor-doktor pakar, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya takkan tidak ada langsung.

Apakah jasa Shah Rukh Khan kepada Melaka dan Malaysia? Atau hanya sekadar kerana kita minat kepada beliau maka kitapun bagi pingat. Ataupun ada dikalangan pemimpin atau isteri pemimpin yang minat dengan filem-filem bollywood maka kita terpaksa memberikan keistimewaan itu?

Kata Mat Ali Rustam, “kita bagi anugerah kerana Shah Rukh promosi Melaka dalam filem yang dilakonkan oleh beliau”. Hasilnya ramai yang datang ke Melaka. Inilah ukuran kepala seorang Ketua Menteri. Kebendaan dinilai agama diabai. Jadi Islam yang dihina oleh Shah Rukh itu macamana pada Ali Rustam? Bakal Timbalan Presiden Umno ke macam ini?

Kalaulah Shah Rukh Khan telah dianggap mempromosikan Melaka kerana lakonannya maka sepatutnya Tokeh-tokeh babi yang menternak babi di Melakapun mesti diberikan pingat itu. Ini kerana mereka juga telah memperkenalkan Melaka negeri yang banyak babi. Banyak kali tokeh dan babinya masuk tv dan media akhbar. Sebelum ini rakyat tidak tahu sebanyak itu babi di Melaka.

Sedarkah kita, bahawa ramai bintang-bintang tersohor bollywood yang kononnya beragama Islam tetapi terang-terangan melakukan kerja-kerja yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam. Mereka berlakon menyembah berhala, mengamalkan ajaran selain dari Islam dan sebagainya. Amir Khan, Salman Khan dan termasuk Shah Rukh Khan. Bukan sedikit filem yang menayangkan mereka beramal dengan agama lain. Apakah bukan MURTAD hukumnya itu?

Maksud Surah al-Kaafirun;

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Adalah diharapkan kerajaan Islam Melaka membatalkan hasrat untuk memberi pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan. Sensitiflah sikit dengan isu-isu seperti ini. Jangan sampai apa yang telah dilakukan oleh Shah Rukh Khan dianggap suatu yang baik oleh golongan remaja atau remaja tua. Alasannya kerana diiktiraf oleh kerajaan.

Kita tunggu komen Ustaz Nik Abduh kerana beliau amat arif dengan suasana ditempat bekas tanah pengajiannya dahulu….Silakan Ustaz…

Advertisement

Respon

  1. assalamualaikum

    nice article.

    this articel have alot of understanding about world moslem, that is

    http://worldmoslem.wordpress.com/

    its not bad sites

    wassalam

    Thanx of lot, walhamdulillah. MANJANIK

  2. setuju sgt

  3. menurut q asalkan itu cuma akting n bukan niat buat mempelajari agama lain itu gak apa2 coz niatnya cuma menghibur penonton.apalagi mayoritas agama di india kan hindu jadi suliat buat masukin terlalu banyak unsur islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: