Posted by: manjanik | Oktober 9, 2008

TAK PASAL PASAL HINDRAF CARI PASAL

Pak Lah marah Hindraf lagi. Tak habis-habis Hindraf dimarahi. Pemimpin Umno marah Hindraf. Pemimpin MIC membisu. MCApun sama. Kenapa semua orang Umno marah Hindraf? Kerana Pak Lah kata, Najib Kata, Syed Amed Albar kata Hindraf pergi kacau majlis Hari Raya Pak Lah. Betul ke?

Pemimpin Hindraf pula kata mereka tidak kacau. Mereka datang nak beraya. Nak bersalam dengan Pak Lah. Nak cium tangan Pak Lah. Minta maaf dan minta penghuni ISA dibebaskan. Salah ke? Entahhhh…. Salah kot..

Masalahnya Hindraf datang ramai. Patutnya jangan datang ramai. Dua tiga orang sudah cukup. Wakil je. Tapi kata mereka pula, mereka datang nak beraya sama dengan orang lain yang datang nak beraya….hmmmm… susah la cam niiii….

Hari ini, di Terengganu Pak Lah marah lagi. Dok berleter pasal Hindraf lagi. Tak puashati lagi. Tapi harap-harap janganlah marahkan menantu, anak disindir-sindirkan… marahkan isteri..cucu ditangan-tangankan… marahkan Najib..Hindraf dileterkann…

Besar sangat ke masalah Hindraf ni sampai Pak Lah masih lagi marah-marah ni… Mungkin besar kot… kalau tidak masakan Samy Vellu kata tindakan Hindraf yang kononnya buat kacau itu telah membantut rundingan untuk membebaskan tahanan ISA kaum India. Oooo ada rundingan rupanya…

Kitapun jadi keliru juga pasal hal ni.. Pak Lah kata Hindraf hadir untuk buat kacau.. Hindraf kata tidakkkkk…. Mereka nak berayee… Mana satu yang betul ni… Tv pula tunjuk sikit jer..

Hok moleknya, bagi menjelas segala-galanya maka adalah dicadangkan(Cadangan ini telah disokong oleh pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam akhbar Sinar Harian 11/10.08 muka surat N11-MANJANIK) pihak tv kena tayang sejak dari mula Hindraf masuk dewan lagi hinggalah mereka balik. Jangan dok cut-cut. Tunjuk habis la… biar kita yang menilainya apakah benar Hindraf cari pasal… ke guano?? Kalu tak..isu ni tak habis-habis….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: