Posted by: manjanik | Oktober 8, 2008

Pak Lah Letak Jawatan?

Siapa kata Pak Lah tidak akan letak jawatan? Pak Lah akan tetap meletak jawatan dan tidak akan pertahankan kerusi Presiden pada pemilihan ini. Desakan yang bertubi-tubi menerjah batang tubuhnya tidak mampu ditepis dan dipertahankan lagi.

Pak Lah sudah terhuyung hayang sekarang ini. Darahpun sudah mula menitis disetiap liang romanya… kesiannnn tetapi tiada yang kasihanpun. Buktinya? Buktinya penghormatan kepada Pak Lah oleh pimpinan dan ahli Umno sudah tiada.

Pak Lah macam sendirian sahaja. “Anak-anak” sudah tidak segan silu minta beliau berhenti. Menteri tu menteri ni sama saja. “BerhentiLahhhhhh”. “Cucu-cucu” pula semakin nakal sehinggakan ketua cawanganpun nak bertanding juga.

Kenapa sedemikian rupa tiadanya penghormatan kepada Pak Lah? Apakah disebabkan Khairy? Kamaluddin atau Nori atau pengganti Endon itukah penyebabnya? Boleh jadi jadi atau boleh jadi tak jadi. Apa yang sahnya, peristiwa sebegini tidak berlaku di zaman Mahathir, Hussein Onn, Tun Razak dan Tunku.

Kenapa Pak Lah letak jawatan dan tidak pertahankannya? Ini kerana Pak Lah sudah lemah sekarang ini. Kalau ada yang sokongpun hanya sekadar sokongan yang membawa rebah sahaja.

Pak Lah sudah tidak mampu lagi menghadapi desakan demi desakan. Keserabutan jelas diraut wajah beliau. Pemimpin parti-parti dalam BNpun begitu juga. Menunding jari kepada Pak Lah. Kekalahan besar dalam PRU 12 yang lalu, Pak Lah lah salahnya.

Pak Lah juga tidak mahu lagi memikul beban yang semakin berat. Apatah lagi beban-beban itu disebabkan oleh orang yang berada di kiri kanan belakang depan beliau sendiri. Pak Lah bukan kuat sangat semangatnya. Setidak kuat mana suaranya. Jadi, dari terus memikul beban yang dicipta oleh orang lain, baik “aku” jalan dulu.

Pak Lah juga sudah terasa hati dengan tingkah laku Dato Seri Najib, si TPM nya. Apa tidaknya, selepas Pak Lah umum pelan peralihan kuasa, Najib seolah-olah tidak bersetuju walaupun mulutnya kata bersetuju. Tingkah laku Najib yang bermain kayu bukan sahaja 3 tapi 13, mengecewakan Pak Lah. Ada cawangan-cawangan di Bahagian Pekan yang mencadangkan peralihan kuasa itu dipercepatkan lagi. Mereka menjadi pendesak bagi pihak Najib.

Akhir sekali Pak Lah juga terpaksa lepaskan semua kerana Pak Lah sudah lelah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: