Mesyuarat cawangan: Umno Kelantan terima lebih 500 bantahan
KOTA BAHARU: Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan menerima lebih 500 bantahan mengenai perjalanan mesyuarat Umno cawangan di seluruh negeri itu.
Setiausaha jawatankuasa itu, Mirza Askary Abdul Wahab berkata, antara bantahan itu ialah mesyuarat yang diadakan tidak mempunyai notis, mesyuarat tidak cukup korum, pindaan persidangan tanpa pengetahuan dan anggota tidak menandatangani senarai kehadiran. BERNAMA
Di sebalik kenyataan Annuar Musa bahawa Umno Kelantan semakin baik tiba-tiba kenyataan ini pula yang muncul. Jadi, apakah benar apa yang didakwa oleh Annuar Musa? Sudah tentu kita semua boleh menjawabnya…..
Tinggalkan Jawapan