Posted by: manjanik | Oktober 5, 2008

NAJIB: BN perlu perubahan tetapi tetap tidak ikut Islam

KOTA KINABALU 4 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) masih relevan sebagai sebuah parti politik untuk memerintah dan membela nasib rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, BN pada masa yang sama perlu bersedia untuk berubah sesuai dengan cita rasa dan kehendak rakyat.

Menurut beliau, keputusan pilihan raya lalu adalah isyarat yang paling jelas untuk menyedarkan semua peringkat kepimpinan BN bahawa perikatan itu perlu melakukan perubahan.

“Sekiranya kita tidak berani dan tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk berubah sesuai dengan kehendak dan cita rasa rakyat, jangan pula nanti rakyat akan mengubah kita,” katanya.

TERNYATA DAN TERBUKTI, BN akan berubah hanya sekadar kerana cita rasa dan kehendak rakyat. Bagaimana dengan kehendak Tuhan Semesta Alam? Bagi bakal Perdana Menteri ini, Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah tiada dalam kamus otak beliau. Tunduk dan patuh jauh sekali.

Maknanya siapa sahaja yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia dari kalangan BN, mereka akan persetankan tuntutan Islam. Mereka lebih pandai dari Pencipta mereka. Mereka lupa bahawa mereka hanya hamba yang hina dina di sisi Allah SWT. Jauh sekali untuk mencari penyelesaian secara Islam. Islam bagi mereka hanya Maal Hijrah, masjid, solat hajat, musabaqah, Maulud Rasul dan seumpamanya.

Dalam keadaan kapal mereka hampir karampun, pemimpin UMNO/BN tidak pernah mahu belajar dari sejarah kaum penentang Nabi Lut, Nabi Noh, Nabi Musa dan Nabi kita Muhammad SAW. Inilah “hebatnya” pemimpin BN.

Kita tunggu dan lihat endingnya bagaimana…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: