Posted by: manjanik | November 20, 2007

Diskriminasikan Kelantan : Kini baru mengaku

KOTA BHARU : 17 tahun telah berlalu. Sudah penat dan letih pemimpin Kerajaan PAS Kelantan memberitahu rakyat BAHAWA Kerajaan BN/Pusat menganak tirikan, mendiskriminasikan, pilih kasih, pilih bulu, zalim, menindas, tidak adil dan bermacam-macam lagi istilahnya yang menggambarkan MEREKA(Kerajaan Pusat) jelas mengkhianati rakyat negeri ini. Namun semuanya dinafikan oleh pemimpin Umno/BN baik dari negeri ini mahupun dari Pusat.

HARI INI(20 Nov 2007), di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed, ADUN BN Air Lanas yang juga seorang Menteri Pusat telah mengakui bahawa sebelum ini, memang benarlah Kerajaan Pusat(BN/Umno) telah mendiskriminasikan Kelantan dan rakyatnya. 17 tahun jarak yang memisahkan dakwaan dan pengakuan dari pemimpin Umno ini. Kasihan rakyat Kelantan yang mempunyai pemimpin di peringkat pusat yang bermentaliti cukup rendah dengan mendendami mereka. Bukan kerana apa tapi kerana mereka memilih PAS sebagai kerajaan yang mereka percayai untuk mengemudikan bahtera sekaligus menolak Umno/BN.

Orang yang terpukul teruk dengan pengakuan Tok Pha ini tidak lain dan tidak bukan ialah DATUK SERI PANGLIMA HJ ANNUAR MUSA Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sendiri. Apa tidaknya, Tok Pha mendakwa, sikap dan tindakan yang tidak bertamadun ini berlaku semasa beliau menjadi pegawai kerajaan dan diawal-awal penglibatan beliau dengan politik. Maka sahlah masa itu adalah masa Nuar Musa menjadi Menteri Pusat. Masa Nuar Musa mengamuk terhadap rakyat Kelantan. Bukan sahaja rakyat yang diamukkan akan tetapi Tuanku Al-Sultanpun diamuknya jua. Bukan sahaja Umno Kelantan berarak berhimpun berdemontrasi mengutuk Tuanku Sultan akan tetapi juga bertindak lebih ganas dengan menabalkan raja lain sebagai Raja mereka.

Sebenarnya, pengakuan Tok Pha ini juga sama dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Tun memberitahu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau serba salah dalam hasratnya untuk memberi bantuan kepada Kelantan kerana Nuar Musa sendiri membantahnya.

Di antara beberapa tindakan tidak bertamadun Nuar Musa di awal-awal pemerintahan PAS ialah tidak memberi baja kepada penyokong PAS, Melewat-lewatkan penyerahan cek geran keseimbangan kepada Kerajaan Tempatan walaupun cek sudah lama diterima oleh Jabatan Persekutuan Negeri(JPP). Saya masih ingat lagi semasa sedang berlangsung Pilihan Raya Kecil Semerak, hanya tinggal sehari lagi untuk tamat tempoh cek, barulah diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar juga tidak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Begitu juga tiada seorangpun wakil dari kerajaan negeri dalam agensi KADA dan KESEDAR. Hatta Majlis Tindakan Pelancongan Negeri yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantanpun tiada seorangpun pegawai dari kerajaan Negeri.

Bagaimana pula dengan pendaratan minyak dan gas? Soal tidak memasukkan Kelantan di dalam IMT-GT? Bagaimana diserangnya isu Lojing sedangkan “botak” di Cameron Highland sebagaimana yang dilaporkan oleh Karam Singh Walia didiamkan. digemburkan pembalakan di Kelantan seolah-olah Kelantan sudah memusnahkan seluruh kawasan hutannya sedangkan di hutan Pahang ditebang tebas oleh pencuri  balak VIP sebagaimana disiarkan oleh TV3 disenyapkan? Inilah Umnooooo……

Sekiranya ingin mengungkit soal “penganak tirian” ini rasanya perlu kepada tajuk khusus untuk didedahkan. Walau apapun oleh kerana Tok Pha telah mengaku maka dirasakan cukuplah sampai disini sebagai makluman betapa BENARLAH apa yang telah diperkatakan oleh pemimpin PAS sebelum ini.

Cuma apa yang dirasakan pelik ialah kenapa Tok Pha sanggup mengaibkan Nuar Musa dengan pengakuannya? Ada apa-apakah? Atau Tok Pha ingin kembali memegang tampuk “Pengerusi” Badan Perhubungan Umno Kelantan?. Boleh jadiii..Entahlahhhhh…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: