KOTA BHARU : Apa yang saya dedahkan sebelum ini tentang kemiskinan di Parlimen Pekan, bukan sekadar mencari isu akan tetapi ianya suatu perkara yang perlu diberi perhatian. Dalam usaha pemimpin kerajaan BN melebelkan semua jenis bentuk keaiban dan kelemahan Kerajaan Kelantan, mereka sendiri terlupa akan keaiban dan kelemahan mereka sendiri.
Berita Harian edisi Timur(16/11/2007) mendedahkan:
25,000 pelajar miskin dibantu
Oleh Rosli Abdul Jalil
Yayasan Pahang belanja RM2 juta bagi ringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan 2008
KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan peruntukan RM2 juta bagi menjayakan Program Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah (PBPBS) untuk dinikmati oleh kira-kira 25,000 pelajar miskin di seluruh negeri.
Menurut berita itu lagi dari jumlah tersebut, seramai 1,337 orang pelajar miskin adalah dari Bentong, Jerantut (1,414 orang), Raub (1,256 pelajar), Pekan (1,923 pelajar), Temerloh (2,402 pelajar), Lipis (1,145 pelajar), Bera (1,105 pelajar), Maran (1,423 pelajar), Kuantan (5,291 pelajar), Cameron Highland (416 pelajar) dan Rompin (1,801 pelajar).
Inilah masalah politik pemimpin Umno. Mereka hanya nampak kuman di seberang. Kelantan sahaja yang menjadi kecaman dan ejekan – miskin. Mungkin sekiranya disemak seluruh negara, dirasakan banyak lagi negeri-negeri yang mengalami masalah yang sama dengan Pahang.
Apapun, kebajikan dan keselesaan para pelajar patut diutamakan. Bukan sahaja soal pakaian yang perlu diberikan akan tetapi biasiswa juga perlu difikirkan. Dalam soal ini rakyat rasa cukup tertipu dengan cara kerajaan mengumumkan penghapusan yuran sekolah dalam pembentangan bajet baru-baru ini. Kalau hanya penghapusan yuran itu hanya RM4.50 sen sahaja, maka tidak perlulah rasanya diumumkan di dalam parlimen. Memalukan sahaja….. Sedangkan pada hakikatnya, rakyat terpaksa menanggung beratus ringgit lagi perbelanjaan anak-anak sekolah mereka. Apatah lagi dalam suasana semua harga barang naik ini.
Pemimpin BN janganlah tipu rakyat lagi….Cukuplah dengan apa yang sedang dan akan rakyat tanggung ini.
Tinggalkan Jawapan