Posted by: manjanik | November 14, 2007

Kelantan Miskin: Pak Lah sanggah Nuar Musa

KOTA BHARU: Pembohongan Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai statistik jumlah orang miskin tegar di Kelantan akhirnya terserlah dengan penafian yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah.

Di Dalam Persidangan Dewan Rakyat pada 3 September lepas, Pak Lah menjelaskan dalam jawapan bertulis beliau kepada persoalan yang dikemukan oleh Che Azmi Abdul Rahman(BN) bahawa Kelantan berada ditangga ke enam diantara negeri-negeri yang mempunyai orang miskin tegar. Manakala Sabah bilangannya seramai 32,400 orang, Terengganu 8,300 orang, Perak 5,700 orang, Sarawak 5,200 orang dan Kedah 5,000 orang. Selepas Kelantan 3,600 orang, Pahang 2,900 orang, Johor 1,700 orang, Perlis 900 orang, Wilayah Persekutuan KL 500 orang, Selangor dan Negeri Sembilan 400 orang, Melaka 300 orang dan Pulau Pinang tiada miskin tegar.

Di dalam Persidangan DUN Kelantan awal tahun 2007 yang dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan, Baginda bertitah seramai 3,550 orang rakyat Kelantan masih di dalam lingkungan miskin tegar. Baginda bangga kerana Kerajaan Kelantan berjaya mengurangkan jumlah tersebut dari masa ke semasa.

Manakala Nuar pula di dalam forum di TV1 saluran propoganda kerajaan BN dan di dalam Sidang DUN telah menafikannya dan berkeras dengan kenyataan tololnya bahawa miskin tegar di negeri ini adalah berjumlah 18,000 orang. Diantara PM dan Pengerusi Umno Negeri, siapa yang kita dan ahli Umno hendak gunapakai?

nuar-sms.jpg

Ehemmm…ehemmm Tok Wa dok SMS ke sapa tuuu…Beringat sikit Tok Seri Panglimaaa weii….Tin Seri pun Panglima jugak tuuu..dok jeling jahhh..kan bersilat bergomolkannn…Tok Awe Adikpunn dok kelihhhh jahh…SMS ko Misha ker tuu…hehehehe

Pak Lah juga memberitahu Parlimen bahawa seramai 67,300 orang rakyat negara ini masih berada dalam kelompok miskin tegar. Bumiputera masih kekal sebagai etnik termiskin iaitu berjumlah 65,100 orang(96.7%).

Apa yang jelasnya, BN bukan sahaja masih gagal tetapi terus menerus mengalami kegagalan untuk membebaskan rakyatnya dari lembah kemiskinan, Kenapa? Suara-suara pemimpin BN untuk berjuang membasmi kemiskinan hanyalah umpan manis untuk mengaut undi rakyat sahaja. Pada hakikatnya mereka gagal dan terus menerus gagal.

Sekiranya diambil kira prestasi kegagalan agenda ini, samalah juga dengan pengurus dan jurulatih bolasepak yang gagal dalam mengendalikan pasukan masing-masing maka sepatutnya pengurus dan jurulatih itu ditukar. Rakyat kena bersedia dari sekarang untuk menukar “pengurus dan jurulatih” pasukan pemerintahan negara ini untuk masa depan yang lebih baik.

Kepada rakyat Kelantan, Nuar Musa bukan jurulatih yang baik. Sudah banyak sangat bukti kegagalan beliau di dalam mengendalikan pasukannya. Jadi buat apa kita mahu melantiknya sebagai jurulatih, nanti kita yang letih. Apatah lagi dengan sanggahan dari Pak Lah sendiri terhadap kenyataan entah dari mana dipungutnya angka tersebut. Kalau Pak Lah pun sanggup memalukan beliau maka rakyat Kelantan lagi-lagilah akan memalukan beliau di dalan PRU yang akan datang ini. Silakannnnn……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: