Posted by: manjanik | November 9, 2007

Wakil Rakyat BN Kelantan ada anak luar nikah?

GUA MUSANG: Terkejut antara percaya dengan tidak. Semasa dalam perjalanan hendak menghadiri perhimpunan rakyat anjuran BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, saya dan rakan-rakan berhenti di sebuah kedai kopi kampung yang terletak 20 KM dari bandar Gua Musang. Adalah empat lima orang yang pertengahan umur sudah pun menghirup separuh dari tea dan kopi mereka. Saya dan kawan-kawan memberi salam dan bersalaman dengan mereka dan secara spontan mereka bertanya nak ke mana…. jawab rakan saya ke KL. Lalu sekali dihujani serkap jarang tapi mengena…..”nok gi perhimpunan di Dataran Merdeka ko?…Rakan saya terus mengiyakannya. Mereka tersenyum….

Biasanya orang yang banyak mengetahui atau ambil perhatian mengenai hal-hal yang bersabit dengan politik ni maka sememangnya mereka itu orang politik atau minat politik. Lamalah juga kami bersembang tanpa tajuk khas. Tiba-tiba terkeluar satu pertanyaan dari salah seorang diantara mereka yang agak petah bercakap dan amat mengejutkan kami. “Demo tau ke…pasal Tok Wakil ada anak luar nikah?” Kawan saya terus menjawab tak tahu…dan sememangnya kami tidak tahu.

“Kalu gitu berita ni tidak tersebar lagilah ya… tapi kalu ssini ramai benar dah oghe tahu”. tambah beliau. Kami bertambah minat nak tahu. Menurut orang yang dipanggil “Drame”(samada namanya Abdul Rahman, Osman, Loman, Deraman atau yang hampir dengannya pada agakkan saya) pemimpin Umno ni sudah lama menjadi ADUN. Hasil dari hubungan gelap beliau dengan keraninya, menyebabkan budak perempuan itu mengandung. Selepas melahirkan bayi, ianya diserahkan kepada Wakil Rakyat tersebut. Manakala budak perempuan tersebut telah dihantar bekerja di Pulau Pinang bagi mengelakkan berita ini dari tersebar.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan kami terpaksa meminta diri dahulu untuk meneruskan perjalanan. Drame kata “kalu ada masa singgahlah lagi nanti kita kkecek banyak lagi pasal YB tu…”. Saya kata “Insyaallah kalu tengok Abe Man ada kita singgah lagi”….

Rakan saya nampak macam percaya tak percaya dengan apa yang Drame ceritakan tadi. Saya kata, kita check nanti. Bukannya susah sangat, kalau ada bayi di rumah YB tersebut dan kita pergi ke kampung budak perempuan tu …sah kita dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun lalang sehelai.

Khabarnya Wakil Rakyat ini sudah ada isteri keduapun. Apa-apapun nantilah kalau ada masa saya akan cuba selidiki tentang kesahihan cerita tersebut. Apapun, cerita Drame memang menarik. Cara beliau bercerita tiada sedikitpun nada yang meragukan apabila ditanya.

Apapun Drame sudah mencetuskan satu berita hangat….. SIAPAKAH YB ITU?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: