Posted by: manjanik | November 7, 2007

BPR Pejam Mata Kes Annuar Musa

KOTA BHARU: Bukan orang PAS sahaja yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan kes Datuk Seri Annuar Musa. Orang Umno yang tidak sebulu dengan beliaupun begitu juga. Kalaulah dakwaan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudahpun menjangkau usia 17 tahun masih lagi boleh disiasat, maka apalah sangat dengan kes Annuar Musa yang hanya tak sampai 10 tahun lagi.

Apa yang malangnya, hanya pegawai sahaja yang merengkok di dalam penjara. “BOSS” sebenar masih lagi bebas. Alasan tidak boleh mendakwa dan tiada bukti kerana orang yang disabitkan sebagai saksi tiada dalam negara. Itu sahaja. Seolah-olah negara ini tiada kuasa untuk membawa balik orang yang menjadi saksi yang berada di luar negara. Sedangkan semua orang Umno yang rapat dengan Annuar tahu bahawa Ooi Kee Siang sahabat rapat beliau hanya berada di Thailand sahaja.

Sepatutnya BPR kena bongkar semula rahsia disebalik kes-kes yang melibatkan Annuar Musa yang banyak menimbulkan kesangsian yang berprofile tinggi. BPR jangan menutup sebelah mata dalam hal ini. Sekira benar-benar mahu melaksanakan keadilan dan ketelusan MAKA kes Annuar Musa perlu dipanggil semula.

TERBARU, BPR kena siasat apa yang berlaku di KADA yang Annuar menjadi Pengerusinya. Kepada siapa projek-projek KADA diberikan. Ada maklumat dalaman yang mengatakan banyak projek-projek diberikan kepada anak saudara beliau “Mmadi dan Darus”.

Begitu juga dengan satu projek di bawah kada yang mencecah jutaan ringgit telah diberikan kepada iparnya. Kita akan bongkar sedikit masa lagi. BPR juga kena siasat projek-projek yang diberikan oleh Annuar kepada Sunny bekas pengurus Hotel Square Point yang hotelnya juga telah dijual kepada MARA semasa Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz menjadi pengerusinya. Banyak sangat “benda-benda” yang tersembunyi dan disembunyikan.

Jadi, kita tunggu apa tindakan seterusnya oleh BPR.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: