Posted by: manjanik | November 6, 2007

Tok Guru – Antara BPR dan Annuar Musa

KOTA BHARU: Heboh pasal BPR soal siasat Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seolah-olah Tok Guru sudah bersalah. Isu ini mudah menjadi isu panas kerana sekarang ini isu mengenai BPRlah isu yang paling panas.

PERTAMA

Semalamnya Tok Guru  memberitahu bahawa pada petang tadi(5 Nov) BPR ada mengunjungi pejabatnya. Mereka bertanya pasal kenyataan beliau mengenai ada orang yang menawarkan RM1j kepadanya.

Tok Guru bertanya kepada pegawai BPR, kenapa baru datang untuk menyiasat sedangkan perkara itu telah berlaku sejak 16 tahun yang lepas(1991) lagi. Mereka memberitahu kerana pihak atasan yang arah. Tok Guru tanya lagi, arahan pihak atasan berdasarkan kepada apa. Mereka memberitahu  berdasarkan laporan akhbar.  Tok Guru bertanya, apakah kena tunggu laporan akhbar  baru nak bertindak sedangkan beliau telah sebut perkara sedemikian itu sudah berbelas tahun?

Sebenarnya betullah sebagaimana yang Tok Guru tanya. Saya dah biasa dengar Tok Guru sebut pasal ada orang nak bagi RM1J kepada beliau. Telah disebut di dalam ceramah dan juga kuliah beliau sebelum ini. Tujuan Tok Guru berbuat demikian adalah untuk mengajak rakyat dan kakitangan kerajaan supaya menjauhi rasuah. Tok Guru selalu sebut “buat apa duit berjuta kalau esok-esok mati masuk neraka”.

Demikianlah caranya Tok Guru mendidik rakyat di bawah beliau. Ramai orang tidak takut dengan hukuman dunia, kerana tidaklah berat sangat bagi mereka. Sebab itulah kebanyakkan orang yang keluar masuk penjara adalah orang yang sama. Mereka tidak merasa apa-apa kesalahan bila berbuat jahat. Akan tetapi apabila dihubungkan dengan akhirat maka mereka sedikit sebanyak merasa gerun dan takut.

KEDUA

Tok Guru bagitahu, semasa majlis pelancaran ECER oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau semasa hendak berucap merasa serba salah samada mahu menyebut atau tidak Pengerusi Umno Kelantan, Annuar Musa. Ini kerana pengerusi majlis itu sendiripun tidak menyebutnya dan di dalam kertas aturcarapun tidak ada nama Nuar Musa.  Tok Guru kat, walaupun dia sudah menulis nama Annuar Musa untuk disebut, akan tetapi melihat kepada pengerusi majlis juga tidak menyebutnya maka beliaupun tidak jadi menyebutnya takut-takut bersalahan pula dengan aturcara yang telah disusun.

Walau bagaimanapun Tok Guru kata, apabila Pak Lahpun tidak menyebut juga nama Nuar maka betullah tindakan beliau tidak menyebut nama Nuar Musa. Fikir Tok Guru, mungkin majlis ini adalah majlis kerajaan maka hanya nama-nama VVIP yang berada dalam kerajaan sahaja yang disebut.

Maka dapatlah kita melihat bahawa program pada hari tersebut merupakan program antara kerajaan dengan kerajaan sahaja. Tindakan Umno Kelantan yang menggantungkan bendera Umno di sepanjang jalan yang bakal dilalui Pak Lah merupakan tindakan yang tidak cerdik. Dan semestinya ini adalah arahan dari Umno Kelantan yang di terajui oleh Nuar Musa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: