Posted by: manjanik | November 6, 2007

PAS Masuk Umno- Media Umno teruskan tradisi munafik.

 

KEGAGALAN PAS BANGUN KELANTAN 85 ANGGOTANYA SERTAI UMNO
Wan Muhamad Wan Adam

PASIR PUTEH, 3 Nov-Kegagalan Pas membangunkan Kelantan walaupun diberi mandat memerintah lebih 18 tahun lepas sehingga kini mendorong 85 anggotanya dari peti undi Kampung Dalam Ru(bohong 1) Semerak menyertai UMNO malam tadi. Mereka diketuai oleh Nawawi Yusoff, 36, bekas Setiausaha Pas kawasan(bohong 2) berkenaan dan anggota jawatankuasanya(bohong 3) Zamri Mohd Nor, 43.

“Lebih 10 tahun saya berada dalam Pas tiada apa-apa yang dapat kecuali kain pelikat sehelai(bohong 4) ,” kata Nawawi kepada pemberita selepas upacara penyerahan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh,Datuk Kamarudin Mohd Nor malam tadi.

Nawawi menyeru anggota Pas lain supaya mengikut jejak langkahnya bagi mencapai misi Barisan Nasional(BN) untuk menawan Kelantan pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Rakannya, Zamri pula berkata, tiada gunanya lagi beliau terus menyokong Pas(bohong 5) kerana perjuangan parti itu jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.

Semetara itu Kamarudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak berkata, dengan penyertaan mereka akan menguatkan lagi kedudukan UMNO untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya lebih 600 undi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam tempoh 2004 sehingga sekarang lebih 2000 anggota Pas telah menyertai UMNO di 214 cawangan di seluruh bahagian berkenaaan yang kini keahliannya sudah mencecah 24,600.

Kamarudin yakin lebih ramai lagi anggota Pas akan menyertai UMNO menjelang pilihanraya yang mungkin diadakan pada tahun depan berdasarkan parti pembangkang itu sudah kehabisan isu di samping berlaku pergolakan dalam parti itu sendiri — (Bernama)

Bersama ini saya paparkan kenyataan media penafian berita tersebut oleh Setiausaha Majlis Tindakan Dun Semerak, Awang Ismail yang dihantarkan kepada saya.

PERKARA: Laporan Orang PAS Masuk Umno di UPU Dalam Rhu, Semerak Sebagaimana Yang Dilaporkan Oleh TV1 dan BERNAMA.

Unit Peti Undi(UPU) Dalam Rhu merupakan kawasan pertarungan di mana dalam PRU 11 lalu, PAS hanya kalah sebanyak 23 undi sahaja. UPU ini mempunyai 5 cawangan iaitu Dalam Ru Kedai Sari, Dalam Rhu Pacakan Kubur, Dalam Ru Sempadan, Dalam Rhu Cabang tiga Raja(Cawangan Yangg Terlibat) dan Telaga Papan Hulu. Mempunyai 3 orang Penghulu iaitu Zainuddin bin Awang –Penghulu Dalam Ru dan Rafandi bin Kadir- Penghulu Telaga Papan manakala Mohd Nor bin Awang adalah Ketua Cawangan Cabang Tiga Raja. Ketua UPU, Ustaz Ismail Yaacob.

Nawawi bin Yusuff adalah bekas Setiausaha PAS cawangan(BUKAN KAWASAN) Cabang 3 Raja Dalam RU Semerak. Beliau merupakan seorang ahli yang bermasalah sebelum ini. Pada tahun 2004 beliau tidak dilantik memegang apa-apa jawatan apatah lagi beliau memberi alasan “nak dok atas pagar, nak cari makan.

Ramadhan yang lalu beliau telah menaja parti keadilan Dalam Rhu bersama dengan Nik Mustafa Mohd Nor dan Zamri Mohd Nor dan beberapa orang lain. Cuba untuk melancarkan Jentera Pilihanraya Keadilan di Semerak tetapi gagal lalu cari jalan masuk UMNO. Keluarga sebelah Isteri beliau adalah PAS dan beliau sendiri berasal dari Jertih, Terengganu daripada Keluarga UMNO.

Mengenai dakwaan beliau bahawa tidak mendapat apa-apa semasa di dalam PAS kecuali kain pelikat sahaja adalah suatu pembohongan yang amat nyata kerana pihak kerajaan PAS khususnya Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan Pasir Putih telah menyelesai dan luluskan tanah rentahan keluarga dan isteri beliau.

Manakala Zamri Mohamad Nor tidak ada apa-apa jawatan dalam parti PAS. Pada tahun 1998 Kerajaan Negeri telah meluluskan sebidang tanah kepada beliau tetapi telah dijual. Pada tahun 2004 beliau telahpun menyokong UMNO.

Hanya 5 orang sahaja yang menyerahkan borang pada malam ceramah tersebut. Mereka adalah pengundi dalam DUN Besut yang diketuai oleh Azmi yang memang penyokong UMNO tetapi belum jadi ahli UMNO.

Senarai yang selebihnya adalah nama yang diambil daripada penyokong Umno yang telah mengisi borang Takaful Merdeka(Skim Insuran yang telah dilaksanakan oleh Umno selepas Kerajaan Kelantan melaksanakan Skim Takaful Kifalah) dan sekali gus borang ahli UMNO.

Untuk makluman juga, seramai 128 orang ahli dan penyokong Umno telah menjadi ahli PAS di UPU ini selepas PRU 11 yang lalu. Usaha yang bersungguh-sungguh oleh Penyelia DUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim telah mengejutkan Umno dan sehubungan itulah mereka cuba untuk memberi gambaran bahawa Umno juga berjaya membawa masuk orang PAS ke dalam Umno. Dan yang paling ditakuti oleh ADUN Semerak, Datuk Kamaruddin Mohd Nor ialah ura-ura beliau tidak lagi menjadi calon di DUN tersebut dalam Pru 12 nanti. Ini kerana banyak sangat yang beliau berjanji sedangkan tidak ditunaikan seperti janji beliau untuk mewujudkan kilang yang memberi peluang kerja kepada 800 orang di Semerak dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun itulah permainan media milik Umno bila dekat dengan pilihanraya. Propaganda akan terus dimainkan dan diganda-gandakan. Ianya tiada tujuan selain untuk melemahkan sokongan kepada PAS. Begitu juga ianya tiada lain selain supaya rakyat melupakan acara “perlumbaan kenaikan harga barang” yang mula dirasai oleh rakyat. Oleh itu rakyat perlu didodoikan dengan bayang-bayang indah apa yang Umno akan buat di masa hadapan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: