Posted by: manjanik | Oktober 29, 2007

UMNO Kelantan bermain politik dengan Pelancaran ECER.

KOTA BHARU: Inilah perangai Umno…apatah lagi Umno Kelantan. Tak habis-habis dengan bodoh sombongnya, tak reti basanya dan tak reti tengok tempat, orang Kelantan kata. Di tengah-tengah kesibukan pegawai kerajaan mempersiapkan pelancaran Koridor Pantai Timur yang akan berlangsung di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Umno pula mengambil kesempatan memasang bendera-bendera umno sepanjang jalan Pengkalan Chepa – Kota Bharu dan jalan Long Yunus.

ecer.jpg

Paginya penuh serabut dengan bendera Umno…Petangnya bersih elok seperti biasa…..

Apa kena mengenanya bendera umno dengan pelancaran ECER? Pelancaran Koridor ini melibatkan kerajaan Pusat dengan negeri. Bukan kerja Umno. Sebab itulah PAS tidak menaikkan bendera atau lambang partinya. PAS tahu ini kerja kerajaan bukan kerja parti. Inilah Umno, kalau orang kata mereka nak mempolitikkan ECER mereka kata tidak. Tapi apa yang mereka lakukan jelas segala niat yang tersirat.

Walau bagaimanapun menjelang petang semalam kesemua bendera umno telah diturunkan. Katanya ada pihak atasan mengarahkan bendera umno itu dibuang kerana tidak sesuai dengan majlis yang akan diadakan nanti. Majlis Pelancaran ECER adalah antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri bukannya parti dengan parti. Dan inilah yang umno Kelantan tidak boleh faham.

Di majlis itu nanti, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berucap. Mengikut apa yang diwar-warkan oleh RTM, ianya akan disiar secara langsung. Cuma kita nak lihat apakah ucapan Menteri Besar Kelantan juga dibuat secara langsung atau sebaliknya. Kita harapkan pihak Kementerian Penerangan tidak mempolitikkan siaran ini. Kita Tunggu dan lihat pada petang ini……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: